Pernafasan tak okay, Elyana perlu bantuan 0ksigen…

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Elyana Emrizal, 34, yang sudah lima hari menjalani raw4tan radi0terapi kerana peny4kit k4nser limf0ma tahap empat dihidapinya masih lagi memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Elyana yang pernah popular dengan lagu Kalis Rindu dan ibu kepada dua anak perempuan ini sudah bert4rung melawan peny4kit k4nsernya sejak 10 tahun lalu. 

Menurut Elyana yang dihubungi berkata dia bersyukur selepas beberapa hari menjalani raw4tan radioterapi itu, keadaan kesihatannya terkawal.

“Alhamdulillah, kesihatan saya masih terkawal. Cuma, sekarang ini saya kena selalu guna bantuan oksigen sebab pernafasan belum  okay lagi. Ditambah, saya pun ada batvk.

“Setakat ini, saya juga masih lagi dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam kerana berat badan saya yang kurang sebanyak 35 kilogram. Jadi, susu ini sangat membantu untuk saya bertenaga.

“Selain susu, saya turut dibekalkan oleh doktor ubat tambah selera makan untuk memastikan berat badan dapat bertambah. Maklumlah, saya sekarang tinggal tulang dengan kulit saja sebab dah tak ada isi sangat,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pada 16 Jun lalu Elyana menerusi bual bicara langsung di Instagram memaklumkan dia nekad menjalani raw4tan radi0terapi itu untuk kesembuhan peny4kit k4nsernya demi keinginan mahu terus bermain bersama anak-anak.

 

Menurut Elyana, dia perlu melakukan raw4tan radi0terapi berkenaan sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal hati berikutan berat badan yang semakin merosot.

“Walau apapun cabarannya, saya akan cuba harungi kerana nak sembuh dan sihat demi anak-anak. Saya masih lagi nak bermain-main dengan mereka dan saya tak mahu terbaring saja kerana rasa lemah dan cepat penat.

“Selain itu, doktor pun tahu yang saya taknak melakukan kim0terapi kerana raw4tan itu membuat saya bertambah sak1t dan jadi lemah. Oleh itu, saya buat keputusan untuk rawat4n radi0terapi saja,” katanya.

 

Sepanjang berada di hospital untuk raw4tannya, Elyana kini kelihatan semakin bertenaga. Selain itu, dia juga banyak mendapat hadiah dan kata-kata semangat daripada keluarga, rakan artis dan peminat setianya.

Elyana yang raj1n membuat bual bicara langsung di Instagram untuk berkongsi keadaan terkini kepada pengikut dan peminatnya, turut berterima kasih pada semua orang yang banyak mendoakan kesembuhan buat d1rinya.

Terdahulu, Elyana membuat pended4han dia menghidap k4nser limf0ma tahap empat pada 2017 lalu. Bernikah dengan ahli perniagaan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan mereka dikurniakan anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani, kini berusia dua tahun.

Sumber: Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  http://trendinggiler.pw/

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pernafasan tak okay, Elyana perlu bantuan 0ksigen…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*