Walaupun Sering Di3jek,Gadis Ini Teruskan Semangat Jadi Badvt Untuk Sara Ibu Dan Adiknya

Demi membantu keluarga, seorang remaja perempuan di Indonesia memutuskan untuk meneruskan legasi si ayah sebagai penghibur jalanan.

Menggunakan kostum badut milik arwah ayahnya, remaja itu tekad mencari rezeki di jalanan biarpun d1ejek oleh jiran dan rakan-rakan, tulis Berbagisemangat.com.

Rakaman remaja itu ketika bekerja di jalanan telah tular di laman TikTok @keluargawiwikteguh dengan lebih 2 juta tontonan.

“Bukan saja kawan, tetapi ada juga jiran yang selalu mengejek pekerjaannya sebagai badut. Tapi dia tetap bersemangat dan gigih demi ibu dan adik kesayangannya,” tulis individu yang memuatnaik video berkenaan.

Menerusi video berkenaan, kelihatan gadis tersebut dihampiri seorang wanita ketika sedang bekerja di jalanan. Sebaik kostum dibuka, kelihatan wajah remaja tersebut yang seakan menyembunyikan 1,001 perasaan.

 

Malah, dia sempat dilihat menit1skan air mata semasa dipelvk wanita terbabit.

“Ayah Cindy sudah men1nggal dari dia kecil. Cindy bekerja sebagai badut untuk bantu ibunya yang mengambil upah menjahit di rumah.

Kongsi wanita itu, Cindy memulakan pekerjaan pada pukul 3 petang sehingga Maghrib.

“Bila ditanya, Cindy mahu apa, dia jawab cuma nak beli beras dan buku tulis untuk dia dan adiknya bersekolah.”

Rakaman itu telah menyentuh hati ribuan pengguna laman tersebut yang mendoakan kebaikan buat anak berkenaan.

 

Semoga Allah membalas kebaikan dan murahkan rezeki

Kalau tak mahu bantu cukupkan keperluan, jangan pernah mengata orang yang sedang berjuang

Sudahkah anda bersyukur hari ini? Lihat ada anak di luar sana yang kerja keras

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Berbagi Semangat, @keluargawiwikteguh Via SiakapKeli


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Walaupun Sering Di3jek,Gadis Ini Teruskan Semangat Jadi Badvt Untuk Sara Ibu Dan Adiknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*