“Dari Kecil Suka Sangat Kereta Tak Ada Bumbung” – Memey Syukur Hasrat Miliki kereta Impian Tercapai

Pelakon, Memey Suhaiza bersyukur apabila hasrat untuk memiliki sebuah kereta akhirnya tercapai. Kata Memey, impiannya untuk memiliki sebuah kereta yang ‘tidak berbumbung’ itu merupakan hajatnya sejak kecil lagi.

“Antara impian mummy dari kecil… Suka sangat kereta tak ada bumbung. Tak kira apa jenis, suka tengok.

“Kalau nampak orang bawa mesti akan tengok sampai terpusing-pusing kepala. Mummy simpan erat impian itu.

“Bukan menidakkan, setiap kali nampak apa-apa yang tak ada bumbung mummy doa dalam hati. Tidak lah terlalu mengh4rap (supaya tak terlalu fikir) cuma terus positif,” kongsinya.

Untuk memiliki kereta idamannya bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia lebih mengutamakan keperluan dari kehendak.

Tidak berhenti berusaha, Memey juga sentiasa fokus dalam apa sahaja perkara atau kerja yang dilakukan sehingga berjaya melunaskan impiannya.

“Mummy utamakan keperluan dari kehendak. Mummy teruskan kehidupan macam biasa. Fokus dengan apa yang mummy buat.

“Tapi Allah izinkan juga mummy rasa bawa kereta tak ada bumbung macam ini sebagai kepunyaan send1ri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

“Terima kasih suami sebab selalu sokong, bagi izin restu dan doa setiap hari untuk isterinya terus melangkah.I love you.

“Terima kasih Ya Allah. Maaflah mummy kongsi sini sebab sangat teruja. Dari kecil tau hasrat ni. Mungkin biasa bagi orang lain tapi ini kesukaan mummy hehe,” coretnya.

Dalam pada itu, ruangan komen perkongsian Memey di Instagram itu juga dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya.

Komen Netizen:

Memey dan Norman Hakim mend1rikan rumah tangga pada September 2011.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 8, Muhammad Dikhriz Hakim, 6 dan Mikayla Delisha Hakim, 3.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : https://gempak.com/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dari Kecil Suka Sangat Kereta Tak Ada Bumbung” – Memey Syukur Hasrat Miliki kereta Impian Tercapai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*