“Jakarta Alami Krisls Kekurangan Tanah Kub0r,” Angka K0rban C0VID-19 Terus Meningkat

“Jakarta Alami Krisls Kekurangan Tanah Kub0r,” Angka K0rban C0VID-19 Terus Meningkat

Indonesia mencatatkan 3,629 kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, satu jumlah yang sangat mengerikan — bukti hakikat sebenar betapa sedang menularnya virus tanpa penawar itu di negara tetangga kita.

Ketika petugas barisan hadapan republik itu masih kekal bergelut melawan COVID-19, timbul satu masalah baru di ibu negaranya. Angka korban semakin meningkat, dan Jakarta di ambang krisis kekurangan tanah perkvburan.

Menurut laporan The Jakarta Post, kawasan perkvburan Pondok Ranggon di Jakarta Timur dijangka akan kehabisan ruang untuk menampung pemakaman korban COVID-19 menjelang Oktober ini.

Pihak pengurusan Pondok Ranggon memaklumkan, setakat ini hanya 1,100 ruang yang tinggal untuk mengebumikan jenazah di kawasan yang berkeluasan 7,000 meter persegi itu.

Keadaan dijangka akan menjadi lebih kritikal pada pertengahan Oktober nanti, apabila Pondok Ranggon hanya mampu menerima anggaran 380 ke 400 jenazah sahaja yang boleh ditanam di ruang yang masih ada.

Secara purata, sebanyak 700 jenazah dikebumikan di tanah perkvburan Pondok Ranggon dalam tempoh sebulan. Pada Ogos lalu pula, purata 27 may4t dikebumikan di kawasan itu setiap hari — dengan jumlah tertinggi pernah direkodkan pada 31 Ogos.

Untuk rekod, Pondok Ranggon mula dijadikan pusat pengebumian bagi korban COVID-19 sejak Mac lepas.

Sumber : LM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Jakarta Alami Krisls Kekurangan Tanah Kub0r,” Angka K0rban C0VID-19 Terus Meningkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*