Mula G4li Kubvr Sejak Umur 12 Tahun, Pemuda Usia 22 Tahun Tak Terfikir Cari Kerja Lain “Saya Minat Urus Jenz4h”

Mula G4li Kubvr Sejak Umur 12 Tahun, Pemuda Usia 22 Tahun Tak Terfikir Cari Kerja Lain “Saya Minat Urus Jenz4h”

USAHA murni seorang pemuda berusia 22 tahun yang menjalankan khidmat van jenazah di sekitar negeri Kelantan menerima pujian ramai.

Menerusi perkongsian tular di Facebook, Mohd Amirul Mohd Sani melakukan khidmat itu secara percuma di sekitar jajahan Gua Musang.

Bagi kawasan luar Gua Musang, anak bongsu daripada tujuh beradik itu hanya mengambil bayaran bagi kos minyak sahaja.

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Amir mengakui sudah meminati lapangan kerja itu sejak masih kecil lagi.

“Saya minat menguruskan jenazah dari kecil lagi. Kali pertama, tolong orang kampung gali kvbur masa umur 12 tahun. Rumah saya pun dekat kvbur, tepi kvbur sahaja.

“Perkhidmatan ni baru lagi. Ia bermula selepas seorang individu wakafkan Toyota Estima kepada Masjid Ar-Rahman di Felda Chiku 3. Jadi saya mula jadi pemandu van jenazah ni sekitar tahun lepas,” ujarnya.

Menurut Amirul, dia tidak terfikir untuk mencari pekerjaan lain sebagaimana anak muda di luar sana memandangkan dia mahu berkhidmat kepada masyar4kat sebagai pemandu van jenazah.

Amir mengakui sudah meminati bidang pengurusan jenazah sejak kecil lagi.

Malah katanya, dia selesa menetap di kampung bagi menemani ibunya, Nik Jah Muhammad, 61, yang tinggal berdua bersamanya.

“Memang nak duduk sini sebab saya minat urus jenazah. Nak jaga mak, sebab ayah dah men1ngg4l. Adik beradik saya bekerja dan menetap di tempat lain.

“Saya kalau boleh nak tarik orang muda buat kerja macam ni. Kita kalau boleh nak cari orang muda. Makin ramai makin seronok,” ujarnya yang turut diberi jolokan Mat Jenazah oleh penduduk setempat.

Kali pertama, tolong orang kampung gali kvbur masa umur 12 tahun. Rumah saya pun dekat kvbur, tepi kvbur sahaja.

MOHD AMIRUL MOHD SANI

Dalam pada itu, Amir mengakui dia turut menerima sedekah wang ringgit untuk digunakan bagi mengisi petrol kenderaan tersebut.

“Duit minyak dari tok imam, duit send1ri… ada juga orang sedekah. Saya juga terbuka kalau ada orang nak sedekah.

“Kalau baiki (van) pun ada orang sponsor. Ada sebuah bengkel bagi perkhidmatan percuma buat saya,” ujarnya lagi.

Posting mengenai Amir dikongsi oleh Facebook Wan Cai dan turut mendapat perhatian ramai.

Amir menjalankan perkhidmatan penghantaran jenazah percuma di dalam kawasan Gua Musang.

Malah, rata-rata netizen memberikan pujian kepada Amir atas usaha murninya menjalankan tugas sebagai pemandu van jenazah..

“Kerja ini pahala besar sahabat. Ganjaran di sana menanti. tahniah anak muda Kelantan.

“Syabas atas jasa adik. Sedia mencurah bakti di dunia untuk kebahagiaan hidup alam akh1r4t.

“Terbaik. Semoga dipermudahkan urusan,” tvlis beberapa netizen.

Sumber: mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Mula G4li Kubvr Sejak Umur 12 Tahun, Pemuda Usia 22 Tahun Tak Terfikir Cari Kerja Lain “Saya Minat Urus Jenz4h”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*