Datuk Dr Rohaizat ‘dipanggil semula’ bantu KKM kawal C0vld-19

Datuk Dr Rohaizat ‘dipanggil semula’ bantu KKM kawal C0vld-19

Selepas beberapa bulan bersara wajib daripada perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr r0haizat Yon telah kembali semula ke KKM.

Beliau telah ‘dipanggil semula’ secara kontrak bagi membantu pihak KKM dalam mengawal penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia susulan peningkatan semula kes sejak kebelakangan ini.

Menerusi Twitter rasmi KKM, kehadiran panglima per4ng ini telah disambut dengan tangan terbuka dan berh4rap agar beliau dapat memperkasakan lagi barisan hadapan dalam menangani pendemik Covid-19.

Sehubungan dengan itu, pihak KKM telah mengucapkan selamat bertugas kembali buat beliau dan terus berkhidmat serta menabur bakti buat rakyat Malaysia.

Kembalinya beliau ke pangkuan KKM telah membuatkan Twitter KKM dihujani dengan ucapan-ucapan positif daripada warganet yang rata-rata mengucapkan selamat kembali dan berterima kasih kerana mengorbankan persaraannya demi bakti kepada Malaysia.

Sumber: KKM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Datuk Dr Rohaizat ‘dipanggil semula’ bantu KKM kawal C0vld-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*