Wan Sharmila beri jelingan tajam buat Syazwan Zulkifly Laju ‘aminkan’ doa netizen

Wan Sharmila beri jelingan tajam buat Syazwan Zulkifly Laju ‘aminkan’ doa netizen

Drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 nampaknya sudah memasuki minggu-minggu akhir. Drama pergolakkan rumah tangga disebabkan campur tangan mertua dilihat mulai berada di klimaks penceritaan.

Oleh sebab itu, barisan pelakon drama tersebut telah hadir ke konti Hot FM bagi mempromosikan drama tersebut. Antara yang hadir ialah Shukri Yahaya, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly dan Liza Abdullah bagi sama-sama berkongsi mengenai drama ‘berhantu’ itu kepada para pendengar.

Terlihat sepadan

Namun begitu, video mencuit hati antara Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila yang dikongsikan di Instagram Hot FM benar-benar membuatkan netizen turut sama menyakat mereka yang terlihat sepadan baik di dalam drama ataupun luar drama.

Mana tahu betul2 jodoh

Ketika Shuk Hot FM mengusik mengenai doa-doa netizen yang mahukan mereka bersama, Syazwan begitu bersemangat mengaminkan doa tersebut sehingga dijeling oleh Wan Sharmila.

Tindakan spontan mereka membuatkan peminat drama itu terhibur dan sengaja menjodoh-jodohkan mereka lagi.

Bagi jelingan maut tuu adoii hahaaha

Jahat giler Helmi!

“Orang kata 44 kali diaminkan, makbul doa tu”

Menerusi Instagram Syazwan dan juga Wan Sharmila, masing-masing turut memuat naik kembali video tersebut dengan berselor0h melihat Syazwan begitu semangat mengaminkan doa-doa netizen.

View this post on Instagram

Sembang-sembang pagi #7harimencintaiku2 dengan Geng pagi hot @hotfm976 Siapa sokong sofi ngan helmi.comment amin kat bawah.hehehe.habis la u @lala.wansharmila .hahahaha Orang kata 44 orang amin,dimakbulkan doa tu.heheheh😂😂😂 @sronesdnbhd @dramasangat @tv3malaysia @iqiyimalaysia

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Bukan main seronok yee korang

Dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini, Syazwan (Helmi) dan Wan Sharmila  (Sofi) telah memegang watak sebagai suami isteri. Drama yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat di TV3 jam 7 petang ini sudahpun berada di minggu akhir dan bakal menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran penonton setia drama arahan Jamal Khan ini.

Sumber: Hot FM, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Wan Sharmila beri jelingan tajam buat Syazwan Zulkifly Laju ‘aminkan’ doa netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*