“Tiada lagi maaf jika pasang Jalur Gemilang terbalik” – Datuk Ayob Khan Memberi Amaran Terakhir

“Tiada lagi maaf jika pasang Jalur Gemilang terbalik” – Datuk Ayob Khan Memberi Amaran Terakhir

POLIS memberi amaran terakhir kepada pihak yang mempersenda Jalur Gemilang termasuk memasangnya secara terbalik, untuk bersiap sedia ditahan selepas ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sudah terlalu kerap Jalur Gemilang dipasang secara terbalik dengan alasan tersilap.

 

“Kita sudah merdeka 63 tahun, tidak sepatutnya berlaku kesilapan lagi. Ini amaran terakhir, tiada maaf lagi jika tersilap selepas ini.

“Saya juga tidak akan beri amaran lagi selepas ini, kalau ada lagi kes sebegini lagi, saya akan arahkan kertas s1asatan dibuka sama ada Seksyen 504 Kanun Kes3ks4an, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia selain Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Tiada lagi permohonan maaf dan pelbagai alasan akan diterima selepas ini. Insiden di Kluang contohnya, cuba letak kesalahan pada pihak lain pula,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Pada 4 Ogos lalu, media melap0rkan Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah kebangsaan di Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail dilap0rkan berkata, insiden berlaku berikutan kakitangan swasta tersilap menaikkan bendera dan tidak menyedarinya.

TERDAHULU, Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN) menafikan pembabitan ahli mereka dalam insiden pemasangan Jalur Gemilang terbalik di sebuah sekolah jenis kebangsaan di Kluang, 3 Ogos lalu.

Presidennya, Jameelah Hussein berkata, s1asatan dilakukan kesatuan mendapati ahlinya yang juga kerani sekolah berkenaan tidak terbabit dalam pemasangan Jalur Gemilang di sekolah itu.

“Bukan ahli kami yang memasang Jalur Gemilang di sekolah berkenaan sebaliknya difahamkan seorang pekerja swasta sekolah itu.

“Berikutan itu, emosi dan mutu kerja ahli kami yang juga kerani di sekolah berkenaan terjejas berikutan menerima pelbagai kecaman dan cemuhan netizen.

“Ahli kami hanya bertanggungjawab terhadap tugasan di pejabat terutama tugas pentadbiran dan kewangan sekolah dan tidak pernah memasang Jalur Gemilang di situ atau di mana-mana.

“Bagaimanapun, KEPTAN berpendapat pentadbir sekolah perlulah memantau pemasangan Jalur Gemilang walaupun dilakukan pekerja swasta bagi memastikan insiden yang menyentuh sensitiviti masyar4kat ini tidak berulang lagi, “ katanya ketika dihubungi.

Pada 4 Ogos lalu, media melap0rkan Jalur Gemilang terbalik di sekolah jenis kebangsaan di Kluang sudah dibetulkan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail dilap0rkan berkata, pihaknya membuat s1asatan sebaik saja dimaklumkan.

Gambar kejadian itu tular selepas dikesan orang awam yang melalui di hadapan sekolah berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tiada lagi maaf jika pasang Jalur Gemilang terbalik” – Datuk Ayob Khan Memberi Amaran Terakhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*