ATM Sahkan 3 kes terbaru C0VlD-19 termasuk seorang askar

ATM Sahkan 3 kes terbaru C0VlD-19 termasuk seorang askar

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Hospital Angkatan Tentera (HAT) Kem Terendak, Melaka mengesahkan tiga kes positif C0VlD-19 yang dikesan di sana.

Markas Angkatan Tentera Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengesahan tersebut merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah semalam berkaitan kes penularan tempatan di hospital berkenaan.

“Adalah disahkan tiga kes yang dikesan di HAT Kem Terendak melibatkan pes4kit yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada 24 Ogos yang terd1ri daripada dua oarang pes4kit awam dan seorang anggota tentera.

“Pes4kit awam berkenaan dikesan sewaktu saringan pra-pembedahan dan anggota tersebut dikesan setelah mendapatkan rawatan kerana bergejala,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Difahamkan, kesemua yang terlibat telah dihantar ke Hospital Melaka bagi tujuan isolasi dan siasatan lanjut.

Dalam pada itu, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Jangkitan Peringkat Hospital bagi siasatan dan pengesanan kontak rapat dijalankan.

“Ia turut melibatkan siasatan kepada petugas hospital, kerja-kerja dekontaminasi di kawasan disyaki tercemar, ujian swab serta isolasi.

“Sehingga kini ujian swab ke atas 138 orang disyaki kontak rapat telah dilaksanakan dan sedang menunggu keputusan,” tambah kenyataan itu lagi.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mewujudkan kebimbangan kepada masyar4kat setempat.

 

Kenyataan Media ATM berkaitan :

Sumber: Markas ATM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "ATM Sahkan 3 kes terbaru C0VlD-19 termasuk seorang askar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*