Hasrat seorang budak teringin untuk beli burger tercapai dengan wang simpanan tabung comel

Hasrat seorang budak teringin untuk beli burger tercapai dengan wang simpanan tabung comel

ADAT berniaga bukan sahaja ada pasang surut dan jatuh bangun, malah bakal pelanggan juga terd1ri daripada pelbagai ragam serta kerenah.

Namun, bagi seorang peniaga burger, gerainya didatangi seorang pelanggan yang tidak disangka-sangka menarik perhatiannya, selain turut menyentuh emosi netizen.

“Tadi ada seorang budak datang nak burger, dia bayar pakai duit tabung. Comel je tabungnya,” tvlis seorang pemuda di laman Twitter sehingga menjadi tular.

Peniaga burger berkenaan, Hanif Mohd Zaki berkata, pelanggan cilik itu datang ke gerainya pada kira-kira pukul 6 petang Selasa untuk membeli sebiji burger d4g!ng.

 

Perkongsian Hanif menjadi tular di media sosial.

Pemuda berusia 28 tahun itu berkata, kanak-kanak berusia lingkungan 10 tahun itu bagaimanapun bukan pertama kali datang ke gerainya, malah antara pelanggan tetapnya.

“Adik ni dah banyak kali datang ke gerai saya, tapi kebiasaannya dia beli snek atau ais krim yang turut dijual. Ini pertama kali dia datang nak beli burger.

“Masa saya tengah masak burger tu, saya nampak dia keluarkan bekas kecil yang mengandungi wang kertas dan duit syiling. Bila saya tanya, dia jawab itu tabung dia,” katanya kepada mStar.

 

Duit yang digunakan cukup-cukup untuk membeli sebiji burger.

Tabung ‘comel’ itu ternyata menarik perhatian Hanif yang kini berniaga di Jalan Nelayan 19/15 Seksyen 19, Shah Alam dan kanak-kanak itu memaklumkan wang tersebut diperoleh daripada ibu bapanya.

“Dia beritahu dia kumpul send1ri dan simpan dalam tabung. Lepas siap burger tu, dia keluarkan kesemua duit untuk burger d4g!ng berharga RM4. Ada sekeping RM1 dan lain-lain duit syiling.

Bagus budak ni sebab ada tabung dari kecil untuk beli sesuatu yang dia nak. Dia ada usaha send1ri untuk menyimpan

HANIF MOHD ZAKI

“Duit yang dia bawa tu memang cukup-cukup sebab tak ada baki dah. Saya rasa dia dah lama aim apa burger yang dia nak sebab dah tahu harga sebelum datang ke gerai,” katanya sambil menambah kanak-kanak itu datang bersama adiknya dengan menunggang basikal berasingan.

Namun, Hanif yang berpengalaman dalam bisnes burger hampir dua tahun lalu kemudian nekad memanggil semula pelanggan kanak-kanak tersebut sebelum beredar.

 

Hanif berniaga burger selama hampir dua tahun.

“Saya panggil dia dan berikan semula RM1 kat dia. Saya beritahu duit tu untuk masuk semula dalam tabung baik-baik dan belajar raj1n-raj1n.

“Bagus budak ni sebab ada tabung dari kecil untuk beli sesuatu yang dia nak. Dia ada usaha send1ri untuk menyimpan, dan bukan hanya meminta kat mak ayah,” tambahnya.

Susulan perkongsiannya menjadi tular, Hanif yang bakal menamatkan zaman bujang pada September depan memberitahu menerima banyak pesanan secara langsung (DM) di Twitter.

“Lepas tweet tu ada ramai yang DM nak belanja budak-budak ni. Rezeki mereka sebab pandai menyimpan.

“Memang hajat saya untuk belanja dia dan adiknya dengan burger di gerai saya. Hari ini saja ada orang belanja lima biji burger, esok-esok pula orang lain belanja,” katanya.

Sumber: Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hasrat seorang budak teringin untuk beli burger tercapai dengan wang simpanan tabung comel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*