Video perubahan ‘Si Oyen’ berwajah sedih selama setahun tarik perhatian ramai

Video perubahan ‘Si Oyen’ berwajah sedih selama setahun tarik perhatian ramai

Nasib seekor kucing jalanan malang yang memiliki raut wajah sedih secara kekal telah berubah selepas setahun ianya dijaga oleh keluarga barunya.

Bruce Willis, kucing berwarna Oren telah didiagnos dengan masalah sistem imun serta mempunyai parut di bahagian muka akibat daripada perg4duhan bersama dengan kucing lain ketika dia mula-mula dibawa ke Animan Humane Society, Amerika Syarikat.

Matanya sedikit terkulai, telinganya terkoyak sedikit, dan parut-parutnya membuatkan bulunya menjadi kusut.

Pun begitu, nasibnya sangat baik kerana dia telah diselamatkan oleh seorang pencinta kucing bernama Sandra, yang berusaha memujuk tuan rumahnya untuk membuat pengecualian baginya membela haiwan pelih4raan di apartmentnya.

Kucing yang berusia enam tahun itu telah dibawa ke rumah Sandra pada Ogos lalu dan memulakan kehidupan barunya sebagai haiwan kesayangan Sandra.

Video yang dikongsi oleh Sandra menerusi akaun TikTok @mrwillisthecat tentang perubahan Bruce semenjak dia mula membelanya telah menjadi tular.

Dalam klip montaj, si oyen itu tampak sangat menyukai belaian di bahagian perutnya serta gemar tidur di kaki Sandra.

Semasa Bruce perlahan-lahan cuba untuk menyesuaikan d1ri dengan persekitaran baru, dia menjadi lebih aktif.

Dalam satu klip, dia dilihat sedang menarik satu mainan catnip hingga ke seberang bilik dan keluar berjalan-jalan di salji sambil dipakaikan satu rompi hijau dengan corak celoreng askar.

“Sudah setahun berlalu sejak saya mula membelanya dan kini dia adalah kucing yang paling bahagia sekali yang pernah saya kenal,” tvlis Sandra.

Bulu oren Bruce tidak lagi kasar, kini ianya kelihatan bersinar di bawah sinar matahari. Mata comelnya bulat dan besar.

Video transformasinya telah menyentuh berjuta-juta hati pengguna media sosial dan ternyata warganet gembira melihat transformasi yang terjadi kepada Bruce.

“Anda boleh nampak bahawa dia telah mendapat kehidupan yang berhak dia dapat menerusi matanya!” tvlis seorang warganet.

“Dia tampak sangat berbeza, syukur. Terima kasih kerana telah membelanya,” tambah warganet yang lain.

“Dia seakan beruang kecil. Anda berdua sangat bertuah kerana telah ditakdirkan bertemu antara satu sama lain,” tvlis warganet ketiga.

@mrwillisthecat

One year with Bruce Willis ❤️ ##adoptdontshop ##rescuecat ##allthefeels

♬ You Are My Sunshine – Kina Grannis

Sumber: Daily Star

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Video perubahan ‘Si Oyen’ berwajah sedih selama setahun tarik perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*