“Tiba2 dia menangis…” – Lelaki ini terasa sebab tak lepas masuk masjid

Tiga bulan umat Islam menahan kerinduan mahu melaksanakan solat secara berjemaah di masjid disebakan mematuhi arahan PKP, apabila kebenaran dibuka memang ramai jemaah bersemangat mahu ke rumah Allah.

Namun, dalam membendung penularan Covid-19, meskipun sudah ada kebenaran solat di masid atau surau tetapi masih ada SOP yang perlu kita turuti, dimana maksimum 500 jemaah sahaja dibenarkan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook IIUM online, memaparkan seorang pelajar tidak dapat menahan sebak apabila dia tidak lepas masuk ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah.

Berdasarkan video yang dikongsikan, pelajar tersebut yang sudah siap sedia datang membawa sejadah send1ri untuk menunaikan solat Jumaat, hanya mampu menangis di luar, selepas akur dengan arahan pihak masjid.

Semalam, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di dalam kampus UIAM juga sudah dibuka untuk para jemaah solat, mungkin disebabkan sudah melebihi had, ramai yang tidak lepas masuk ke masjid untuk solat Jumaat.

Begitu kuat hatinya terikat dengan masjid, semoga keadaan Covid-19 pulih segera, agar akan lebih ramai umat Islam dapat menunaikan solat di masjid dan surau.

Sumber : IIUM Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tiba2 dia menangis…” – Lelaki ini terasa sebab tak lepas masuk masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*