Cik Meow Selamba Masuk Studio Masa Berita Sedang ‘Live’ Di Kaca TV

Siapa disini pencinta kucing? Haa kalau yang minat kucing mesti korang pun suka layan video-video gelagat si bulus dengan bermacam-macam karenah.

Si bulus ni memang dimana-mana sahaja suka buat hal, macam video yang tular di media sosial memaparkan seekor kucing boleh selamba terlepas masuk studio satu stesen tv di Indonesia.

View this post on Instagram

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Menerusi video yang dikongsi semula oleh Instagram Era.je, memaparkan salah seorang penonton di Televisyen sempat merakam gelagat kucing tersebut ketika berita bersiaran.

Dapat diperhatikan kucing berwarna putih itu masuk berjalan  melintasi pembaca berita yang ketika sedang bersiaran secara langsung di televisyen.

Gelagat kucing tersebut memang menghiburkan, sampai ada netizen menyangka ia adalah iklan kucing!

Buat hal betul si meow ni, dari mana agaknya dia datang siap buat catwalk tengah live.

Sumber : Era Je

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Cik Meow Selamba Masuk Studio Masa Berita Sedang ‘Live’ Di Kaca TV"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*