Beri snek & layan macam anak, hero abang polis tenangkan kanak2 sesat

Dalam laporan daripada Polis Daerah Tawau, seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan enam tahun ditemui orang awam selepas ‘terpisah’ dengan ibu bapanya ketika keluar dari rumahnya.

Kanak-kanak itu bernasib baik apabila ditemui orang awam dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau selepas menjalankan tugas Point Duty di sekitar bandar Tawau.

Anggota polis kemudian membawa kanak-kanak itu ke IPD Tawau dan membuat hebahan kepada bilik gerakan. Selang 30 minit kemudian ibu kanak-kanak perempuan itu tampil mendapatkan anaknya semula.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah layanan yang dibuat oleh seorang anggota polis terhadap kanak-kanak tersebut.

Anggota polis itu memberikan aiskrim dan juga melayannya seperti anak berkemungkinan bagi mengelakkan kanak-kanak itu panik dan menangis apabila mengetahui ibu dan bapanya tiada bersamanya.

Sehubungan dengan perkongsian gambar tersebut, rata-rata warganet telah men1ngg4lkan komen yang pelbagai diatas kecekapan orang awam dan anggota polis dalam mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Mereka jugan berh4rap kejadian tersebut dijadikan pengajaran agar ibu bapa yang mempunyai anak kecil terus memantau pergerakkan mereka.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Beri snek & layan macam anak, hero abang polis tenangkan kanak2 sesat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*