Peminat mahu pelvk Islam selepas dengar alunan zikir selawat Zizi Kirana

Penyanyi Zizi Kirana meluahkan rasa syukur apabila terdapat peminat bukan Islam jatuh cinta selepas mendengar dan menghayati dendangan selawatnya sekaligus berhasrat ingin memeluk Islam.

Menerusi laporan Harian Metro, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil mengakui hatinya sangat tersentuh selepas menerima komen tersebut di saluran Youtube miliknya.

“Betapa besarnya kuasa Allah, siapa sangka lagu selawat yang saya send1ri rakamkan dengan hanya menggunakan telefon pintar dapat menyentuh dan membuka hati orang yang mendengar.
“Saya kongsikan bukan kerana saya nak membangga d1ri atau apa, sebaliknya saya nak kongsikan dengan pengikut saya di Instagram bahawa ada benda yang kita rasakan kecil sebenarnya besar nilainya buat orang lain,” katanya.

Penyanyi berusia 35 tahun itu berkata, dia kagum dengan peminat yang menggunakan nama Daniel Pang itu kerana benar-benar menghayati alunan tersebut.

“Dia benar-benar menghayati setiap perkataan itu kerana dia kongsikan sekali bahagian minit ke berapa yang paling disukainya.
“Saya juga ada sertakan l1rik dalam bahasa Melayu dan juga bertvlisan rumi untuk memudahkan orang yang mendengar menyanyikan bersama,” ujarnya.

Terdahulu, video berdurasi enam minit itu dikongsi sempena sambvtan Nuzul Al-Quran pada Ahad lalu dan telah meraih 7,434 tontonan setakat ini.

Sumber : Syafil Syazwan Jefri (Harian Metro) , Youtube

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Peminat mahu pelvk Islam selepas dengar alunan zikir selawat Zizi Kirana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*