Memilih menjadi seorang Muslim di usia emas merupakan salah satu nikmat yang dikurnaikan oleh Allah S.W.T kepada hambanya yang terpilih.
Hal ini samalah seperti kisah seorang nenek berusia 85 tahun yang memeluk Islam baru-baru ini dan sedang gigih belajar agama walaupun diusia emas.
Kisah Mariam Revert pernah tular sebelum ini dan perjalanan kehidupannya sebagai seorang Muslim dapat diperhatikan menerusi akuan Instagramnya iaitu Mariam_Revert.
Dalam perkongsian yang terbaru mengenainya, pengendali akaun Instagramnya memaklumkan bahawa Mariam amat gemar datang ke masjid dan mendengar laungan azan.
Dia juga gemar menghad1ri solat secara berjemaah di masjid walaupun berada di usia emas. Walaupun perkongsian di Instagram tersebut lebih kepada menguar-uarkan kempen dalam persatuan yang membimbingnya, namun tetap dapat kita lihat perjalanan kehidupan Mariam selepas memeluk Islam.
Perkongsian tersebut turut membolehkan kita melihat gambar terbaru wanita itu yang lengkap berhijab serta kehidupannya yang sedang mendalami Islam lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
Be the first to comment on "Masih Belajar, Nenek Mualaf 85 Tahun Suka Dengar Azan & S0lat Jemaah Di Masjid"