Gadis p4nik lahirkan anak luar nikah, c4mpak b4y1 dari tingkat 3 ditemui masih hidvp

Tidak berperikemanusiaan! Itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan individu yang tergamak membuang seorang bayi lelaki daripada tingkat tiga blok 8G flat Bukit Gedung hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Penang Kini, bayi yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu ditemui kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Bayi berkenaan dijumpai di perkarangan blok 8G oleh penghuni di sekitar itu, dengan terdapat kesan d4rah pada bahagian belakang kepala.

Dapat diperhatikan, beberapa kakitangan perubatan telah bergegas ke lokasi kejadian dan memeriksa keadaan bayi tersebut yang hanya dibalut menggunakan kain batik.

Difahamkan, seorang gadis berusia 18 tahun, telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Hasil siasatan mendapati, bayi berkenaan dibuang dari tingkap dapur flat blok berkenaan dengan ketinggian kira-kira lima meter.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan mengesahkan kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Kes3ks4an.

Katanya, suspek mengaku melahirkan anak berkenaan pada pukul 7 pagi sebelum membuangnya atas alasan panik susulan melahirkan anak tanpa pengetahuan keluarganya.

Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa suspek tiada di rumah dan pihak polis sudah mengenal pasti teman lelaki suspek berusia 18 tahun juga.

 

Turut kelihatan d4rah di bahagian tingkap dapur. Bagaimana pun, bayi tersebut masih hidup dan telah dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut.

Di ruangan komen, nasib yang menimpa bayi itu telah mengundang rasa simpati netizen. Rata-rata menyifatkan tindakan individu terbabit sangat kejam.

Mujurlah, penduduk di sekitar itu bertindak pantas, jika tidak mungkin bayi tersebut tidak dapat diselamatkan.

Sumber : Penang Kini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Gadis p4nik lahirkan anak luar nikah, c4mpak b4y1 dari tingkat 3 ditemui masih hidvp"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*