“Dari Saya, Black, Achey & Shuib…,”- Tomok Wakil Hulur Bantuan Buat Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Memasuki hari ke-15 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala jenis bantuan diberikan terutamanya buat mereka yang berkhidmat di barisan hadapan.

Terbaru, penyanyi, Tomok ada berkongsi foto d1rinya sedang menghulurkan bantuan buat para petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Menurutnya, bantuan ini bukanlah daripada d1rinya sahaja tetapi turut disertai beberapa rakan artis lain seperti Black, Achey dan Shuib.

“Dari saya, Black, Achey dan Shuib untuk mereka yang bertugas #kitajagakita,” tvlisnya ringkas.

Foto tersebut dikongsikan oleh vokalis kumpulan New Boyz itu di laman Twitter miliknya.

Entri tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #kitajagakita.

Melihat di ruangan komen, pengguna media sosial turut memberi reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Terdahulu, Tomok, Black, Achey dan Shuib terpalit dengan kontroversi isu bantuan khas buat para penggiat seni yang pendapatannya terjejas sepanjang penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, mereka telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berh4rap agar isu ini tidak lagi dipanjangkan.

Sumber: Twitter Tomok

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dari Saya, Black, Achey & Shuib…,”- Tomok Wakil Hulur Bantuan Buat Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*