“Siapa Yang Perlukan Bantuan Kewangan Boleh DM”- Rizalman Bantu Mereka Yang Kesulitan Nak Beli Makanan

Tidak dinafikan, mungkin ada antara kita yang cukup terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu.

Bagi mereka yang bekerja send1ri, lebih-lebih lagi yang menjalankan perniagaan dalam skala kecil sederhana, sedikit sebanyak mungkin menjejaskan kedudvkan ekonomi mereka.

Ini kerana, sepanjang tempoh PKP, banyak larangan yang perlu dipatuhi termasuklah menghentikan segala bentuk perniagaan dan perkhidmatan yang bukan dalam kateg0ri keperluan utama.

Semuanya itu dilakukan demi menhentikan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.

Selain beberapa bentuk bantuan yang diberikan kerajaan, sebenarnya ramai juga masyar4kat yang berada dalam kelompok hartawan cuba membantu sedaya upaya mereka yang benar-benar memerlukan.

Begitu juga yang dilakukan oleh pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman dalam meringankan beban insan-insan yang mungkin kurang bernasib baik.

Rizalman menerusi posting terbarunya di Instagram memaklumkan mana-mana individu yang memerlukan bantuan kewangan untuk menghubunginya secara terus.

Bahkan, beliau juga turut meminta mana-mana individu yang mengetahui mana-mana keluarga yang kurang bernasib baik untuk menyampaikan bantuan daripadanya.

“Sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan, boleh DM (mesej peribadi) berkali-kali (sekiranya saya mampu melihat DM tersebut) bagi menyambung kelangsungan untuk membeli makanan di saat getir ini.

“Ataupun anda mengenali mana-mana keluarga serta individu yang memerlukan, sila tolong saya hulurkan pada mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

hanya puluhan individu sahaja dlm sehari saya dpt transfer ke dalam akaun.. sila bawak bersabar . . . #lebiutu #adarezekiadalahtu

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

“Duit ini adalah daripada zakat saya pada tahun ini,” kongsinya yang turut meminta pihak berkenaan menyertakan nama penuh berserta maklumat akaun bank.

Dalam pada itu, katanya lagi, bagi mereka yang sudah meng1rimkan mesej kepadanya, diminta agar bersabar kerana proses k1riman wang itu akan dilakukan secara berperingkat.

“Sila amanah dalam hal ini ya. Allah melihat dan mendengar.

“Hanya puluhan individu sahaja dalam sehari saya dapat tranfer (k1rim wang) ke dalam akaun. Sila bawa bersabar,” kongsinya.

Tindakan Rizalman yang bermurah hati itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mendoakan agar Rizalman terus dimurahkan rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan dari-Nya.

“Terima kasih Datuk. Semoga Allah limpahkan rezeki dan berikan kesihatan buat Datuk sekeluarga.

“Moga Allah balas jasa baik Datuk.

“h4rapnya janganlah ambil kesempatan ya, kalau boleh yang betul-betul susah,” komen sebahagian netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Siapa Yang Perlukan Bantuan Kewangan Boleh DM”- Rizalman Bantu Mereka Yang Kesulitan Nak Beli Makanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*