SubhanAllah..Walaupun Jari Tak Sempurna Tapi Mampu Menulis Ayat Al-Quran Dengan Cantik Dan Kemas

Jari jemari tidak sempurna, ibu luah bangga anak mampu tvlis ayat Al-Quran dengan cantik

Kekurangan d1ri sebenarnya bukan penentu kemampuan seseorang itu, sebaliknya ia adalah kekuatan untuk membentuk kita menjadi insan yang lebih baik. Ia dapat disimpulkan menerusi kisah seorang kanak-kanak lelaki bernama Muhammad Alif Firdaus, yang menghidap Epidermolysis Bullosa merupakan salah satu peny4kit kulit yang serius.

Disebabkan peny4kit itu, jari jemari adik Alif tidak terbentuk dengan sempurna, dengan keadaan kulitnya yang mengelupas dan kemerah-merahan.

Cantik tvlisan adik Alif

Namun, disebalik kekurangan d1rinya, adik Alif seorang yang tidak pernah mengalah dan dia menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak seusianya.

Menerusi perkongsian di Facebook ibunya, Ruz Dyah, meluahkan rasa bangga dengan kemampuan anaknya itu. Meskipun jari jemarinya tidak sempurna, tetapi anak itu mampu untuk menulis ayat Al-Quran dengan baik dan cantik sekali.

Tak pernah merungut, Alif kuat semangat

Menurut ibunya, ikutkan agak sukar untuk Alif menulis memandangkan jarinya sudah melekat. Tetapi, anaknya yang kini berusia 10 tahun, tidak pernah putus semangat dan terus berusaha untuk menulis dengan baik.

Tambah ibunya, Alif memang kuat semangat dan pandai berdikari. Malah, anaknya itu sentiasa ceria dan tidak pernah merungut walaupun dia tidak seperti rakan-rakannya yang lain.

Lihat daripada senyuman adik Alif, dia seorang anak yang kuat dan bahagia menjalani kehidupannya, disamping keluarga serta rakan-rakannya. Semoga adik Alif dapat menjadi inspirasi untuk kita sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber :Ruz Dyah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "SubhanAllah..Walaupun Jari Tak Sempurna Tapi Mampu Menulis Ayat Al-Quran Dengan Cantik Dan Kemas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*