Adakah perempuan yang memakai jeans dan sneakers dikira menyerupai lelaki?
Jawapan:
Bismillahirrahmanirrahim.
Allah S.W.T telah menciptakan manusia dari jenis lelaki dan perempuan dan masing-masing dilengkapkan dengan c1ri fizikal dan tanggungjawab yang berbeza sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 37 hingga 39:
“Bukankah dia (manusia) berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku d4rah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan.”
Menyerupai jantina yang berlainan merupakan satu perbuatan yang menyalahi fitrah insan dan ketetapan Allah. Rasulullah telah bersabda:
“Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875).
Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. mel4knat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546).
Berdasarkan hadith yang telah disebutkan diatas, Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan dalam kitabnya al-Fiqhul Islami wa Adilatuhu adalah h4ram bagi lelaki menyerupai kaum wanita sama ada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, h4ram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki [1].
Allah S.W.T telah menjadikan pakaian juga sebagai perhiasan bagi si pemakai. Maka perhiasan itu suatu yang tidak menyalahi hukvm malah ianya merupakan fitrah seorang insan. Sebagai seorang Muslim, kita harus memastikan pakaian yang dikenakan pada tubuh badan hendak sesuai dan bertepatan dengan syariat Islam.
Apa kata anda?
Be the first to commenton "Hukum Muslimah Memakai Jeans dan Sneakers, Ini Penjelasannya Elak Keliru Dikatakan Menyerupai Lelaki"
Be the first to comment on "Hukum Muslimah Memakai Jeans dan Sneakers, Ini Penjelasannya Elak Keliru Dikatakan Menyerupai Lelaki"