Bintang muda yang kian diminat sejak muncul menerusi drama bers1ri Kampung People, Hun Haqeem mendedahkan d1rinya tidak menolak andai bertemu jodoh dan berkahwin dalam masa terdekat.
Malah katanya seperti yang dipetik mStar, d1rinya percaya akan takdir hidup yang telah ditentukanNya selain percaya pada rezeki andai sudah mend1rikan rumah tangga selepas ini.
“Bagi saya tak salah kalau nak kahwin awal, itu pun sunnah. Selalu orang letak persepsi kalau kahwin awal karier seni akan berakhir. Tapi bagi saya tidak, kerana yang paling penting keikhlasan kita dalam bidang ini.
“Kalau Tuhan dah tvlis kita berkahwin awal takkan dia nak tutup rezeki kita pula kan? Adakah sebab takut hilang nikmat dunia kita nak tolak rezeki jodoh yang Allah bagi, sebab itu saya sentiasa percaya rezeki Allah.
“Lagipun banyak faedah berkahwin ketika usia masih muda ni, antaranya fizikal saya masih mampu untuk menyara keluarga dan membesarkan anak-anak,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya mengenai soal teman hidup serta c1ri wanita, pelakon berusia 22 tahun ini tidak meletakkan sebarang target usia untuk tamatkan zaman bujang.
“Saya tak letak target bila nak kahwin tapi kalau umur 25 tahun saya rasa dah okay… saya suka wanita yang luarannya sempoi dan kasar-kasar tapi hakikatnya seorang yang sangat mengambil berat tentang d1ri saya.
“Tentang umur saya tak kisah jika dia lebih berusia sekalipun, asalkan pasangan itu matang dalam perhubungan. Tapi buat masa ini saya masih single lagi ya… belum jumpa c1ri-c1ri itu!
“Sejujurnya, di laman sosial ramai yang cuba-cuba tackle tapi saya anggap itu hanya gurauan dan saya layan saja usikan mereka,” terang Hun.
Selain Hun Haqeem, Kampung People yang sudah pun tamat turut dibintangi Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Fizz Fairuz, Namron dan ramai lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Foto: Instagram Hun Haqeem
sumber : Media Hiburan
Be the first to comment on "Hun Haqeem Cari Wanita Yang ‘Luarannya Sempoi Dan Kasar’"