“Saya Belum Hamil, Hanya Buat Persiapan”

Berkongsikan Instastory mengenai makanan tambahan untuk kehamilan, Datuk Siti Nurhaliza memaklumkan beliau kini bersedia untuk menambah cahaya mata dan sedang membuat persiapan ke arah itu.

“Ia hanya persiapan dan belum ada apa-apa lagi. Lagi pula, makanan tambahan itu tidak ada dijual di Malaysia. Insya Allah, sebab usia saya pun makin meningkat. Saya mensasarkan timang anak kedua sebelum usia 43 tahun”

“Walau bagaimanapun saya tetap menjalankan apa yang doktor sarankan dengan mengikut segala prosedur sama macam dulu iaitu IVF. Sebab masa buat dulu saya masih ada embrio yang disimpan. Jadi, Insya Allah. Ini semua rezeki Allah”

“Apa pun, saya berserah pada Allah. Kalau Allah kata ada rezeki lagi, saya bersyukur. Kalau tidak ada pun, tidak mengapa. Ini kerana, Aafiyah satu-satunya doa yang saya menanti selepas sekian lama,” katanya.

View this post on Instagram

sempat kak @nyssaghzli rakam kegigihan aafiyah nak panjat ibu.. sebenarnya aafiyah nak …siapa dengar aafiyah sebut apa? #posingaafiyahbukanpusing

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Terdahulu Siti pada usia 38 tahun telah mengumumkan kehamilan pertamanya selepas 11 tahun mend1rikan rumah tangga. Semoga hasrat Siti ingin menimang cahaya mata kedua sebelum usia 43 tahun dimakbulkan. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : ROTIKAYA


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Belum Hamil, Hanya Buat Persiapan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*