“Pengalaman Beberapa Kali Pernah Kegvgvran Membuatkan…”- Fasha Sandha Sah Kini Hamil

Pelakon Fasha Sandha, 35, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mengesahkan di1rinya kini sedang hamil.

Namun Fasha berkata kepada Harian Metro pengalaman mengalami kegvgvran pada Jun lalu membuatkan d1rinya masih fobia dan tidak akan berkongsi usia kandungannya.

“Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik.

“Pengalaman beberapa kali pernah kegvgvran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fobia atas pengalaman lalu.

View this post on Instagram

💖 . . #nikahazlanellymazlein

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya.

Menurut Fasha, dia sedang berehat daripada terbabit dalam penggambaran drama.

“Saya sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta,” katanya.

Terdahulu, Fasha yang berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac lalu berkongsi berita kehamilan pada Mei.

Namun, Fasha diberitakan mengalami kegvgvran selepas pulang daripada berhari raya di rumah keluarga mentua di Rembau, Negeri Sembilan.

Sekali lagi, pada November lalu Fasha dikhabarkan hamil. Bagaimanapun, dia yang ditemui pada sebuah acara tidak mengesah atau menafikan perkara itu.

Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Harian Metro


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Pengalaman Beberapa Kali Pernah Kegvgvran Membuatkan…”- Fasha Sandha Sah Kini Hamil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*