‘Nak kahwin sebelum umur 30’ – Fikry Ibrahim

PELAKON Fikry Ibrahim menyasarkan untuk menamatkan zaman bujang sebelum mencecah usia 30 tahun.

Fikry, 26, ketika ditemui berkata, tahun ini dia mahu memberi fokus terhadap perniagaan dan karier seni.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kehadiran dalam industri seni lakonan semakin mendapat tempat di hati penonton dan tawaran berlakon masih ada.

“InsyaAllah, tahun ini saya bakal terbabit dalam filem yang belum dapat dikongsikan lagi. Namun, saya sangat teruja apabila tahun ini banyak perkara indah yang bakal saya harungi antaranya menguruskan perniagaan Go Eat.

“Soal cinta dan kahwin itu saya tangguhkan dulu. Lagipun saya masih solo dan belum terfikir untuk berkahwin. Bagaimanapun, sebelum usia 30 tahun saya sudah mempunyai keluarga. Doakan yang baik-baik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran aplikasi penghantaran makanan dan platform masakan dari rumah pertama, Go Eat di Damansara, semalam.

Fikry yang juga pengasas bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Kha1ril Muzamil Abdul Rahman berh4rap aplikasi itu mencapai matlamat dan berjaya.

“Saya berh4rap dengan pelancaran aplikasi ini bisnes terbaru yang diusahakan untuk membantu golongan muda serta ibu tunggal untuk menjana pendapatan lumayan setiap bulan mencapai sasaran.

View this post on Instagram

Majlis Pra Pelancaran Go Eat pada hari ini telah dihadiri oleh Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan bersama Dato’ Khairil Muzamil, CEO & Founder Go Eat. . . Go Eat adalah sebuah PLATFORM PENGHANTARAN MAKANAN PERTAMA BUATAN MALAYSIA. Go Eat akan mula diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia mulai 19 Januari 2020. Aplikasi ini akan berada di kedua platform Apple Store dan Google Playstore. . . Menurut Datuk Seri Mohd Redzuwan Yusof, beliau menginginkan Go Eat ke tahap tertinggi setanding pengiktirafan antarabangsa. . . Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Go Eat, layari https://go-eat.com/ . . . #goeatmy #letsgoeat #goeatmalaysia #fooddelivery #homecooking #helloyellow . . Today at Go Eat’s Pre-Launching ceremony attended by Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Minister of Entrepreneur Development together with Dato’ Khairil Muzamil, CEO & Founder of Go Eat. . . Go Eat is the FIRST MALAYSIAN FOOD DELIVERY PLATFORM. Go Eat will be introduced to all Malaysian this coming January 19, 2020 and will be available on both Apple Store and Google Playstore. . . As mentioned by Datuk Seri Mohd Redzuwan Yusof himself, he wish that Go Eat will go to the highest level of international recognition. . . For more information on Go Eat, visit https://go-eat.com/. . . #goeatmy #letsgoeat #goeatmalaysia #fooddelivery #homecooking #helloyellow

A post shared by Go Eat (@goeat_my) on

“Untuk permulaan, aplikasi ini bakal bermula di Cyberjaya untuk tempoh beberapa bulan, kemudian akan menakluk seluruh kawasan Lembah Klang dan seluruh negeri.

“Saya terpanggil untuk menyediakan perkhidmatan ini selepas melihat ramai menjalankan perniagaan dari rumah belum berjaya meskipun menawarkan makanan yang sedap.

“Jadi, saya sediakan platform ini berserta penghantaran untuk membantu mereka. Saya percaya ramai yang suka dengan masakan dari rumah kerana rasanya yang lazat. Saya h4rap inisiatif ini akan dipermudahkan dan berjaya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : HM


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Nak kahwin sebelum umur 30’ – Fikry Ibrahim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*