“Ameera Pergi Mana,” Penampilan Terkini Adik Neelofa, Little Miss Khan Jadi Perhatian Ramai

Selepas lama tidak muncul di media sosial, penampilan terkini adik kepada hos dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan baru-baru ini nyata mengubat rindu ramai.

Difahamkan, Ameera sekeluarga hadir ke sebuah majlis perkahwinan ahli keluarganya baru-baru ini. Lalu, kelibatnya turut dirakam tetamu yang hadir.

Menerusi Instagram peminat Neelofa, beberapa foto sekitar turut dikongsikan buat tatapan ramai.

View this post on Instagram

❤❤❤❤ *ramai rindu ameera kan? So nah belanja gambar yg ada ameera😉❤* #Neelofa #ILofaYou

A post shared by neelofa.fans (@lofa.world) on

“Ramai rindu Ameera kan? So, nah belanja gambar yang ada Ameera,” kapsyen yang tertera pada foto yang dimaksudkan.

Lalu menerusi ruangan komen pada entri sama, ada peminat lain yang turut bertanya ke mana usahawan dan bintang media sosial itu ‘hilang’ selama ini selepas bertindak menyahaktifkan akaun media sosialnya, tahun lalu.

Terdahulu menerusi, Neelofa pernah memberitahu adiknya itu perlukan ruang untuk membesar sebagaimana para remaja lainnya.

Bintang asal Kelantan itu bagaimanapun memberitahu adiknya itu akan kembali aktif di media sosial tidak lama lagi dan meminta ramai supaya menghorm4ti keputusan adiknya itu.

Ameera sebelum ini turut sinonim sebagai Little Miss Khan menerusi platform media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Instagram lofa.world via MH


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Ameera Pergi Mana,” Penampilan Terkini Adik Neelofa, Little Miss Khan Jadi Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*