Dari Video ‘Magic’ Ke Drama, Sofyank Cuba Nasib Hasilkan Sinetron Cinta

Anak muda berasal dari Kelantan, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Sofyank cukup popular dengan video trik silap mata yang dihasilkannya. Sebelum ini video-video darinya telah meraih perhatian ramai termasuklah selebriti tempatan dan Will Smith. Terbaru, Sofyank cuba nasib dengan hasilkan sinetron cinta pula.

Menerusi perkongsian terbarunya itu, drama yang dihasilkan adalah berkenaan cinta yang turut dipaparkan bakat berlakon teman-temannya yang lain. Video yang dimuatnaik di laman sosialnya beberapa hari lalu itu telah meraih lebih 135 ribu tontonan.

Petikan dari sinetron Sofyank

Sesuatu lain dari kebiasaannya, video drama cinta Sofyank ini menyediakan jalan cerita yang bukan biasa-biasa. Siap ada plot twist yang sememangnya tidak terjangkau dek akal!

Dalam minit terawal, kelihatan Sofyank sedang melepak bersama seorang rakannya yang menyanyi dengan suara yang boleh tahan juga. Kemudian seorang lagi rakan mereka, Iqram datang dan mereka mula berbual pasal awek masing-masing.

Jom tonton bakat lakonan dan jalan cerita mereka ini:

View this post on Instagram

Betul ke lelaki awal-awal je beria? Talent : @afiffsola @aiman.azmi @kenapawak Cameraman : @markdeen_04

A post shared by Mohamad sofian (@sofyank96) on

Video berdurasi lima minit 30 saat ini agak meleret-leret, namun pengakhirannya memang terbaik!

Rata-rata netizen men1ngg4lkan reaksi mereka mengenai Sofyank hasilkan sinetron cinta ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahahha ni gempak plot twist.”

“Memang kena ngan sinetron kuat claim”

“Bagus Sofyank..Ada talent dalam bidang lakonan”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Sofyank96


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dari Video ‘Magic’ Ke Drama, Sofyank Cuba Nasib Hasilkan Sinetron Cinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*