Telefon pintar sentiasa dibawa ke mana-mana dan menjadi teman setia yang boleh menyambungkan kita ke alam maya mahupun dunia luar.
Telefon pintar bukan sahaja berfungsi untuk menghubungkan kita dengan orang-orang penting dan membantu kita mencari maklumat untuk melalui kehidupan seharian.
Malah telefon pintar juga menjadi peranti utama yang digunakan untuk merakam momen-momen menarik seperti gambar dan video.
Lebih-lebih lagi apabila berada di sekeliling alam semula jadi, kita mudah melupakan kecantikan makhluk- makhluk yang lebih kecil daripada kita.
Ramai yang leka mengambil gambar selfie dengan backdrop yang cantik, tetapi tidak memberi perhatian kepada dunia alam semula jadi yang lebih sempurna.
Bagi seorang jurugambar amatur berusia 20 tahun dari India, Sasi Kumar tidak melupakan kecantikan tumbuhan dan haiwan hanya kerana mereka kecil dan sukar untuk dilihat.
Ramai yang merasakan bahawa serangga dan tumbuhan liar adalah merimaskan dan membuat mereka tidak selesa.
Namun, berkongsi di laman Instagramnya di mana dia memiliki lebih 20 ibu pengikut, Kumar menunjukkan keindahan dan kecantikan dunia serangga dan tumbuh-tumbuhan.
Uniknya, pelajar jurusan kejuruteraan itu menangkap gambar secara ‘close up’ yang memperlihatkan butir-butir kecil dalam gambarnya. Lebih mengkagumkan, dia menghasilkan fotografi makro itu hanya dengan menggunakan telefon pintarnya.
Dua telefon pintar digunakan untuk menangkap gambar makro serangga dan tumbuhan, iaitu OnePlus 6t dan Redmi Note 3.
Pelajar itu juga menggunakan pelbagai kanta yang diklipkan pada telefonnya untuk menangkap gambar serangga menjalani kehidupan harian mereka.
Lihat hasil tangannya di bawah:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber: Instagram, Bored Panda via HCL
Be the first to comment on "Pelajar Hasilkan Gambar ‘Close Up’ Hanya Menggunakan Telefon Pintar"