Mira Filzah Calon Hos Baru MeleTOP Gantikan Neelofa?

Pelakon dan pengacara popular Mira Filzah terkejut apabila namanya menjadi antara calon hos yang disebut-sebut untuk menggantikan posisi Neelofa dalam rancangan hiburan MeleTOP.

Jelas Mira, sehingga kini masih belum ada sebarang perjanjian, tawaran atau makluman daripada pihak yang terbabit seandainya dia bakal menjadi hos baru MeleTOP.

“Daripada pihak saya setakat ini belum ada apa-apa lagi. Kalau ada yang menyebut nama saya bakal menjadi hos baru, ia satu perkembangan yang baik, mungkin orang nampak kemampuan saya.

“Bukan senang untuk sesiapa sahaja hos baru seperti saya untuk mengambil alih rancangan itu. 

“Malah, ia sudah pun punya satu branding yang sangat kuat. Jadi kalau tiba-tiba ada yang bangkit nama, maksudnya orang nampak akan potensi. Akan tetapi setakat ini masih belum ada apa-apa,” katanya memberikan penjelasan.

Sementara itu, Mira Filzah yang kini turut diangkat sebagai wajah wakilan pereka Rico Rinaldi bagi koleksi Rico Rinaldi Bridal 2020 turut menyifatkan tahun ini menjadi tahun sukses dalam kerjaya seninya.

Merakamkan rasa syukur atas sokongan yang diberikan, Mira Filzah turut mengakui tahun hadapan menjadi satu permulaan yang mencabar bagi d1rinya.

“Tahun ini adalah tahun yang paling cemerlang bagi saya, alhamdulillah rezeki murah. Malah produk saya mendapat sambvtan baik dari peminat, baik filem atau pun drama. Dapat juga raih anugerah alhamdulillah.

“Jadi bila sudah memasuki tahun cemerlang takut juga andai tahun 2020 akan ada h4rapan orang yang lebih besar. InsyaAllah untuk tahun depan saya ada sesuatu yang baru dan berbeza.

“h4rapnya saya boleh harungi seterusnya tunjukkan apa yang boleh saya berikan lagi,” katanya kepada MH.

Tonton temubual penuh bersamanya di sini;

View this post on Instagram

Kalau betul pun apa salahnya kan? #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Sebelum Mira, penyanyi Siti Nordiana pernah menjadi calon hos baru MeleTOP seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak termasuk netizen sendiri.

Nana sebelum ini pernah mengendalikan siaran langsung rancangan hiburan Gema Gegar Vaganza selama dua musim bersama Fikry Ibrahim.

Manakala, Mira pula pernah diundang menjadi pengacara jemputan rancangan MeleTOP sebelum ini dan mendapat respon positif daripada penonton.

Pada 3 Disember lalu, hos tetap MeleTOP, Neelofa telah mengumumkan pengunduran diri daripada rancangan itu selepas tujuh tahun bersama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Media Hiburan


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Mira Filzah Calon Hos Baru MeleTOP Gantikan Neelofa?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*