“Comey Belako Semua” – Neelofa Muat Naik Video Bersama Sepupu, Rupa Paras Cantik Buat Netizen Terpaku

Usahawan terkenal Neelofa mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi wajah-wajah jelita sepupunya. 

Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, memuat naik video sesi fotografi kempen raya jenama tudungnya bersama sepupu-sepupunya. 

View this post on Instagram

Family affairs sometimes involves shooting a @zaloramy Raya campaign with my cousins! #letsrecap2019

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

“Perhubungan keluarga kadang-kala turut melibatkan penggambaran sesi fotografi @zaloramy kempen raya bersama sepupu-sepupu saya,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen video. 

Perkongsian itu menunjukkan Neelofa bersama tiga sepupunya sedang bergembira menjalani penggambaran tersebut. 

Tiga sepupu Neelofa tersebut adalah penyanyi Qalisha Ray, CT Ray dan Natalia Amran. 

Menerusi video berdurasi kurang 15 saat itu lagi, rata-rata wargamaya memuji kecantikan keluarga Neelofa yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik. 

Video dan foto Neelofa bersama sepupunya itu sehingga kini telah menerima lebih 80,000 tanda suka daripada pengikutnya. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Comey Belako Semua” – Neelofa Muat Naik Video Bersama Sepupu, Rupa Paras Cantik Buat Netizen Terpaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*