Eizlan Yusof Bakal N1kah Gadis 29 Tahun Disember Ini

Selama hampir empat tahun mendud4, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan wanita mu4laf berketurunan Serani, Natasha Rosa Boudville, 29, pada 12 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Eizlan dalam majlis sidang media yang berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya sebentar tadi. Walau bagaimanapun, Eizlan mengambil pendekatan merahsikan wajah bakal suri hidupnya itu sehingga hari pern1kahan mereka minggu hadapan.

Untuk meraikan hari bahagia mereka, pasangan itu telah mer4ncang sebanyak empat majlis iaitu malam berinai pada 11 Disember, akad nikah (12 Disember), majlis resepsi (13 Disember) dan malam penghargaan (14 Disember).

Berkenalan sejak empat tahun lalu, Eizlan berkata dia tertarik hat1 dengan perwatakan kelakar wanita kelahiran Kuala Lumpur itu yang bekerja dalam sektor perhotelan.

“Kami berkenalan sejak empat tahun lalu menerusi seorang kenalan. Saya sangat menyenangi sifat lucu yang dimilikinya selain kami mempunyai hob1 yang sama iaitu menyel4m.

“Saya melam4rnya tiga bulan lalu dan orang pertama yang saya minta kebenaran ialah daripada ketiga-tiga anak saya.

“Anak-anak semua menyenangi Auntie Chacha dan dia pun sangat prihatin dan menyayangi anak-anak saya. Mereka melompat kegembiraan bila tahu saya nak kahwin semula.

“Dia sudah memeluk Islam pada Ogos tahun lalu dan secara spontan sahaja saya melamarnya pada bulan September lalu,” katanya kepada Rotikaya.

Dalam pada itu, mengenai majlis empat hari berturut-turut yang akan dijayakannya itu, Eizlan berkata perkara itu semua diuruskan oleh rakan-rakan baiknya dalam Angkatan Pertahanan Awam.

“Saya bersyukur dikelilingi ramai rakan-rakan yang sayangkan saya dan mereka masing-masing nak menyumbang dalam majlis ini.

“Kalau boleh saya nak adakan secara ringkas sahaja tapi mereka bermurah hati nak menyumbang,” katanya yang akan menggayakan persalinan perkahwinan istiadat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. (rtky/h)

sumber : ROTIKAYA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Eizlan Yusof Bakal N1kah Gadis 29 Tahun Disember Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*