Semangat yang kuat, kanak2 naik bas pegang kain selepas bersun4t

Musim cuti persekolahan kebiasaannya ibu bapa mengambil peluang ini untuk menghantar anak-anak lelaki untuk berkhatan. Dengan teknologi yang semakin berkembang, urusan berkhatan akan lebih mudah apabila boleh sahaja dilakukan di klinik.

Namun begitu, sejak semalam telah tular gambar seorang kanak-kanak yang berada dalam bas sambil memegang kain pelikat.

Menurut pengguna Facebook dikenali sebagai Nor Shabiha Kha1ri, kanak-kanak tersebut menaiki bas bersama ibu dan adik kecilnya yang masih dalam dukungan selepas selesai berkhatan.

Pandang tingkap tahan sakit

Kanak-kanak itu dilihat duduk dalam bas sambil merenung ke luar tingkap berseorangan sementara ibu dan adik kecilnya duduk di bahagian lain.

Kuat betul budak ni…

Gambarnya telah tular di media sosial dan menarik perhatian warganet yang berasa sebak dengan situasi tersebut. Rata-rata daripada mereka telah men1ngg4lkan komen di ruangan Facebook sumber dengan menzahirkan kata semangat melihat ketabahan kanak-kanak serta ibunya itu.

Pengalaman mendewasakan kita

Semoga menjadi insan hebat dik

Sumber : Nor Shabiha Kha1ri

via Oh My Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Semangat yang kuat, kanak2 naik bas pegang kain selepas bersun4t"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*