Kapal Kargo Barangan 11.11 Karam, Pembeli Minta Wang Dikembalikan

Untuk anda yang sedang menantikan barangan yang dibeli secara atas talian pada jualan 11.11 yang lalu, mungkin ini berita bvruk buat anda. Sebuah kapal kargo dipercayai membawa muatan barangan Taobao karam selepas berlaku perlanggaran di perairan Minjiang.

Di dalam insiden tersebut, sembilan anak kapal berjaya diselamatkan manalaka tujuh kru masih hilang dan dua disahkan m4ut. Kapal kargo dari Taiwan itu dikatakan sedang membawa barangan Sale 11.11 sebelum dihantar kepada pembeli.

Difahamkan, akibat kejadian tersebut sebanyak 879 tan barang di atas kapal tenggelam ke dalam laut.

Susulan berita itu, 100 orang pelanggan telah membuat aduan kepada TaoBao supaya memulangkan duit jika barang tiada hingga ianya tular di media sosial.

Kata seorang netizen, dia berh4rap barangnya dalam keadaan selamat dan mahu wangnya dikembalikan, jika barang tidak sampai kepadanya.

Bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan kepada semua pembeli bahawa proses pampasan akan disalurkan menerusi pembayaran AliPay.

Perkhidmatan pelanggan juga akan terus menghubungi pembeli untuk memudahkan kaedah pemprosesan tersebut. Difahamkan, insiden berkenaan pertama kali berlaku melibatkan pengurusan logistik TaoBao.

sumber : ROTIKAYA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kapal Kargo Barangan 11.11 Karam, Pembeli Minta Wang Dikembalikan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*