Akhmal Nazri Lamar Lisa AF 2015, Bakal Berkahwin Tahun Hadapan

Pelakon dan pengacara Akhmal Nazri, 27, bakal mend1rikan rumah tangga dengan kekasihnya, penyanyi kelahiran AF2015, Allyssa Joanne atau Lisa, 26, pada penghujung tahun hadapan.

Tiga tahun menyulam cinta, Akhmal telah melamar gadis bertuah itu hujung minggu lalu ketika mereka berkunjung ke kampung halaman Lisa di Bintulu, Sarawak.

View this post on Instagram

Alhamdulillah.. She said…… . . . . . . . . YES! 👰🏻 #akhmallyssaroadtohalal

A post shared by Akhmal Nazri (@akhmalnazri) on

“Saya sudah lama mengenali hati budi Lisa. Kami berkenalan pun ketika saya mengacar4kan rancangan AM Live di Astro Ria. Ketika itu, dia menjadi tetamu untuk program terbabit.

“Semenjak itu, kami mula rapat dan menjalin cinta. Selepas sekian lama menjalin hubungan, saya telah melamarnya beberapa hari lalu dan sangat gembira apabila dia menyatakan persetujuan untuk menjadi isteri saya.

“Insya-Allah, kami bakal bertunang dan ikatan akan dijalinkan selama setahun sebelum kami disatukan pada penghujung tahun hadapan,” kata Akhmal ketika dihubungi oleh Gempak.

Tambah Akhmal yang terkenal dengan watak Jibam dalam drama bers1ri Oh My English, keluarga juga tidak menghalang hubungan mereka dan memberikan restu terhadap ikatan cinta yang dibina.

“Keluarga kedua belah pihak sangat memahami. Saya gembira kerana hubungan kami mendapat persetujuan.

“Lisa merupakan seorang gadis berbangsa Iban, jadi buat masa ini dia sedang mempelajari dan mendalami agama Islam.

“Buat masa ini, Lisa masih menyanyi tetapi hanya sekadar memenuhi jemputan sahaja kerana dia kini bertugas sebagai pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan.

“Saya memohon doa yang baik-baik dari semua pihak agar segala urusan kami untuk membina masjid dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya menutup bicara.

sumber : Astro Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Akhmal Nazri Lamar Lisa AF 2015, Bakal Berkahwin Tahun Hadapan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*