Kena halau solat ke saf belakang , kanak2 layang surat ‘sound’ pengerusi surau

Solat berjemaah di masjid merupakan satu amalan yang sangat dituntut terutamanya bagi golongan lelaki. Sesiapa yang sudah akil baligh dan cukup syarat tertentu disarankan untuk memenuhi ruangan hadapan saf solat.

Namun begitu, telah menjadi satu kebiasaan di negara kita apabila kanak-kanak dilarang telah berada di saf hadapan ketika solat berjemaah di masjid ataupun surau.

Surat untuk tok pengerusi surau

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna laman sosial tersebut telah memuat naik satu lampiran surat yang ditvlis oleh seorang kanak-kanak yang berasa kecewa kerana dih4lau dari saf hadapan di surau.

“Kenapa semalam tok halau saya?”

Melalui surat yang ditvlis kanak-kanak bernama Nadzrul Zarfan, dia menyuar4kan rasa tidak gembiranya kepada pengerusi surau kerana mengh4launya dari saf hadapan semasa mahu solat berjemaah.

Dia juga sempat memberitahu bahawa sudah berkhatan dan sememangnya layak untuk berada di saf hadapan ketika solat.

Dua tahun lepas punya hal

Walau bagaimanapun, menerusi komen balasan daripada posting yang dibuat oleh hafizisaari, ibu kepada kanak-kanak yang menulis surat tersebut telah tampil memaklumkan bahawa hal tersebut berlaku kira-kira dua tahun lepas.

“Sesungguhnya aku berpihak kepada budak tu….”

Sehubungan dengan itu, menerusi muat naik itu, rata-rata warganet telah men1ngg4lkan komen dengan menyokong tindakan kanak-kanak itu. Walaupun kelihatan lucu dan comel, matlamat asal kanak-kanak tersebut tercapai kerana dia sudah tidak lagi duduk di bahagian belakang saf lagi selepas  menegur pengerusi surau dikawasan perumahannya.

Kadang orang tua kena dengan budak pun elok juga

Ni marah bertepek-tepek

Nama moyang pun dia tahu beb

Sumber : hafizisaari

via Oh My Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kena halau solat ke saf belakang , kanak2 layang surat ‘sound’ pengerusi surau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*