“Husband material…”- Mimi Lana buat ‘prank’, Syafiq Kyle siap baca Ayat Kursi… sweet habis!

Jika anda peminat rancangan hiburan Trek Selebriti, segmen prank antara yang menjadi perhatian ramai apabila ada sahaja gelagat lucu para selebriti terkenal melakukan prank yang mencuit hati.

Terbaru pula, satu rakaman video pendek dikongsikan dapat dilihat pelakon Mimi Lana bersama hos rancangan tersebut, Alif Farhan.

Melalui video itu, Mimi Lana melakukan prank terhadap kekasihnya, Syafiq Kyle dengan mengatakan dia sedang ketakutan kerana merasa seram.

Mereka berdua yang juga bergandingan dalam filem seram yang hangat diperkatakan, filem Pusaka membuatkan Mimi takut seperti ada sesuatu.

Bagaimanapun, Syafiq yang begitu sweet terhadap Mimi menarik perhatian netizen dan membuatkan pengguna media sosial memuji pelakon lelaki terkenal itu. Mana taknya, demi menghilangkan ketakutan Mimi, dia sempat membacakan ayat Kursi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila birthday girl @missmimilana prank @syafiqkylez 😂💕Korang jangan lupa layan Trek Selebriti @missmimilana bersama hos @aliffarhan_jr dan juga abam @edamanothman🔥🔥🔥 SETIAP JUMAAT| 9.30 PM | ASTRO RIA #trekselebriti

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Meskipun durasinya pendek saja namun pasangan selebriti ini mendapat perhatian peminat dan posting itu juga meraih lebih 12ribu tanda suka.

Bagaimanapun, rancangan ini dapat ditonton netizen pada jam 9.30 malam, Astro Ria setiap hari Jumaat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Hlive / HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Husband material…”- Mimi Lana buat ‘prank’, Syafiq Kyle siap baca Ayat Kursi… sweet habis!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*