Nenek ded4h tergamam lihat cucu berdialog di kubvr ibu, ada ‘alasan’ enggan buka slip UPSR di sekolah – “Aqilah sebut satu persatu keputusan dia dapat”

KEPUTUSAN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR ) yang diumumkan pada Khamis yang sepatutnya dikongsi bersama keluarga tersayang mengundang sayu seorang murid.

Hanya bertemankan ‘batu nis4n’, Nur Aqilah Afiah Muhammad Firdaus, 12, berkongsi kegembiraan keputusan UPSR yang diperolehnya di pus4ra ibunya.

Beberapa gambar murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Permatang To’ Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang itu menziarahi kvbur ibunya tular di media sosial.

Nur Aqilah membuka sampul yang mengandungi slip keputusan UPSR di pus4ra arw4h ibunya.

Nenek kepada murid berkenaan, Aishah Mat Akat, 63, berkata, cucunya itu sebenarnya adalah kanak-kanak yang ceria tetapi perasaannya seb4k sewaktu menerima keputusan UPSR.

“Aqilah ni seorang yang ceria, tapi masa ambil keputusan UPSR tu dia sed1h. Dia berh4rap sangat saya datang ke sekolah masa keputusan UPSR diumumkan.

“Dia kata Opah (panggilan nenek) datanglah ke sekolah, ganti mama (panggilan arw4h ibu). Kalau Opah tak datang, nanti kawan-kawan lain ada mama mereka. Aqilah dah tak ada mama untuk temankan tengok Aqilah ambil keputusan UPSR,” katanya dengan nada sebak kepada mStar.

Namun, apa yang membuatkan beliau tergamam apabila cucu sulung daripada keseluruhan tujuh cucunya itu enggan membuka sampul yang mengandungi slip keputusan UPSR yang diterimanya di sekolah.

Kenangan… Nur Aqilah dan adik bersama arwah ibu.

Sebaliknya, Nur Aqilah membuat permintaan untuk menemaninya ke Tanah Perkvburan Islam Permatang Pauh yang terletak di hadapan sekolah untuk menziarahi kvbur arw4h ibunya.

“Aqilah tak nak buka keputusan UPSR kat sekolah, dia ajak saya ke kvbur mama dia. Saya sebenarnya dah tahu keputusan UPSR dia menerusi semakan secara dalam talian pagi tu.

“Dia kata tak kuat… dia nak ‘kongsi’ keputusan peperiksaan tu dengan arw4h ibunya. Bagi Aqilah, kehadiran ibunya dapat dirasai setiap kali menziarahi kvbur tu,” katanya sambil menambah cucunya itu kini dibesarkan kediamannya di Permatang Pauh.

Menurut Aishah, arwah ibu Nur Aqilah iaitu Allahy4rham Ariani Amir men1ngg4l dunia pada usia 35 tahun ketika melahirkan anak ketiganya pada November 2017.

Nur Aqilah tidak dapat menahan sebak sewaktu menziarahi pusara arw4h ibunya, Khamis.

Lebih menghibakan apabila Nur Aqilah yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu menyebut satu persatu keputusan UPSR yang diperolehinya di hadapan kvbur arw4h ibunya.

“Sambil pegang slip keputusan UPSR, Aqilah bersuara menyebut satu persatu keputusan yang dia dapat… sambil tu juga dia menangis tak dapat menahan kesed1han.

 

Sambil pegang slip keputusan UPSR, Aqilah bersuara menyebut satu persatu keputusan yang dia dapat… sambil tu juga dia menangis tak dapat menahan kesedihan.

AISHAH

“Saya hanya diam, biarkan dia melayan perasaan. Aqilah selalu berdialog selain mendoakan arw4h ibunya di kvbur. Sunyi-sepi… hanya suara dia menangis teresak-esak,” katanya, masih dalam nada seb4k.

Aishah yang merupakan bekas guru besar itu memberitahu bahawa setiap minggu cucunya itu akan menziarah kvbur arwah ibunya sejak dua tahun lalu.

Aishah (k1ri) sebagai nenek kini pengganti ‘mama’ buat Nur Aqilah (kanan).

Malahan, Nur Aqilah dan adik-beradiknya juga tidak pernah putus berdoa dan menyedekahkan Al-Fatihah buat arw4h ibunya setiap hari.

“Aqilah ni seorang yang amat bertanggungjawab, itu sifat yang diwarisi daripada arwah ibunya. Dia mengambil-alih tanggungjawab menjaga adik-adiknya,” katanya.

Enggan Nur Aqilah terus bersed1h dengan pemergian ibunya, beliau berpesan kepada cucunya itu supaya kuat semangat dan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

“Walau bagaimanapun, masakan bihun Singapore hasil air tangan arw4h ibunya pasti tidak akan dapat dilupakan oleh Nur Aqilah dan seluruh keluarga,” katanya. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Nenek ded4h tergamam lihat cucu berdialog di kubvr ibu, ada ‘alasan’ enggan buka slip UPSR di sekolah – “Aqilah sebut satu persatu keputusan dia dapat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*