‘Kena Kerja, Kuliah, Jaga Anak Seorang Diri’ – Rihana Oksana Akui Perit Jadi Ibu Tunggal

Tidak ada yang dapat menafikan bahawa tugas seorang ibu sangat meletihkan, apalagi bagi seorang ibu tunggal yang juga terpaksa bekerja untuk menyara keluarga seorang d1ri.

Tidak hairanlah Rihana Oksana Petra, mantan isteri kepada Sultan Kelantan, baru-baru ini mengadu kesibukan hidupnya sejak enam bulan kebelakangan ini.

Berkongsi dalam satu statusnya di Instagram, Rihana mengemukakan pertanyaan kepada pengikutnya.

Kredit foto: IG

‘Soalan saya untuk semua ibu tunggal yang menyara keluarga seorang d1ri, bagaimana kamu menguruskan kesemuanya? Kerjaya, jaga anak, d1ri send1ri, tidur dan sebagainya,’ tvlisnya.

Menurut Rihana, sejak enam bulan kebelakangan ini kesibukannya semakin bertambah. Beliau sedang memulakan dua projek besar, salah satunya sudah dimulakan, tetapi belum mendatangkan keuntungan. Manakala satu lagi projek dalam peringkat rundingan.

Kredit foto: IG

 

‘Saya menghad1ri kuliah dalam bidang perniagaan tiga hari seminggu. Balik rumah menjaga bayi yang sedang fasa meragam kerana tumbuh gigi, memikirkan kesihatan d1ri send1ri, bil-bil yang berlambak, sewa apartmen, insurans, ubat-ubatan, doktor dan banyak lagi,’ katanya seakan meluahkan bebanan hidup.

Tambah Rihana lagi, ibunya send1ri tidak dapat membantu kerana bekerja dan menguruskan adik perempuannya dan tidak ada masa untuk membantunya menjaga Leon.

‘Mungkin ada yang mengatakan saya merungut tetapi sebenarnya tidak, saya cuma terkejut betapa banyaknya urusan seorang ibu, apalagi seorang ibu tunggal,’ katanya lagi.

Perkongsian Rihana mengundang simpati daripada pengikutnya. Ada yang memberikan nasihat mengikut pengalaman masing-masing.

Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

‘Saya seorang ibu tunggal sejak umur 24 tahun, kuncinya lakukan mengikut keutamaan dan beri masa untuk d1ri send1ri’, kata seorang netizen dan diakui Rihana sebagai nasihat yang baik.

‘Mungkin Rihana perlu tangguh belajar dahulu sehingga Leon sudah besar sedikit,’ kata seorang lagi.

Bagaimanapun, ada juga yang menganggap Rihana sebagai mengada-ngada

Kredit foto: IG

‘Datanglah di Malaysia, lihat keadaan kami, ada ibu tunggal tunggang motor hantar anak ke sekolah dengan pendapatan RM900 sebulan,’ siindir mereka.

‘Rihana, di Kelantan ada ramai rakyat miskin dan kami tidak mampu menunggang kuda seperti anda,’ kata individu yang mengaku sebagai rakyat Kelantan.

Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Kredit foto:

Ada juga yang berkata, status itu hanyalah muslihat Rihana bagi mendapat lebih banyak elaun daripada mantan suaminya untuk bermewah-mewah. Untuk komen itu Rihana menjawab beliau tidak pernah berbelanja apa-apa sejak ditinggalkan suaminya setahun lalu.

Kredit foto:

‘I didn’t buy anything for one year since broke up with my husband,’ terangnya.

Persoalannya, melihat kemewahan yang ditunjukkan oleh Rihana di kedua-dua Instagramnya, benarkah status kewangannya kini dalam keadaan terdesak? 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : CARI

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Kena Kerja, Kuliah, Jaga Anak Seorang Diri’ – Rihana Oksana Akui Perit Jadi Ibu Tunggal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*