Sampai Pelancong Tabur Duit, ‘Duta Jalanan Malaysia’ Semakin Dikenali Dunia

Buat peminat dunia busking, nama Sentuhan Buskers semestinya tidak asing lagi. Melalui video-video muzik jalanan yang semakin tular di Youtube, Sentuhan Buskers merupakan antara video busking yang popular dengan jumlah tontonan mencecah 6.4 juta orang. 

Kumpulan pemuzik jalanan yang diterajui oleh Muhammad Aizad Azman yang juga dikenali sebagai Bob Sentuhan ini bermula sejak 7 tahun lepas. Menurut anak jati Pulau Pinang ini, tujuan utama mereka melakukan persembahan jalanan selain mencari rezeki adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan menyebarkan kasih sayang. 

 

Umpama menyaksikan konsert percuma di tepi jalan, persembahan Sentuhan Buskers diakui ramai merupakan salah satu tarikan utama di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kumpulan ini bukan sahaja terkenal di kalangan warga tempatan, tetapi juga dikenali ramai di kalangan pelancong asing yang rata-rata menjadikan menonton persembahan kumpulan ini ‘acara wajib’ sekiranya berada di Kuala Lumpur. 

Apa yang menariknya, Bob Sentuhan yang bersuara serak-serak basah mampu menyanyikan pelbagai genre lagu dalam pelbagai bahasa seperti Cina, Jepun, Hindustan, Inggeris dan Arab dengan baik; selain pandai melayan pelancong-pelancong asing yang berinteraksi sepanjang persembahan mereka. 

 

 

Pelancong dari Ch1na yang terhibur dengan nyanyian lagu Mandarin dari Bob sehingga sanggup menyumbangkan wang dengan jumlah yang banyak. 

Nyanyian dan mainan alat muzik dari Sentuhan Buskers yang memukau pejalan kaki di Bukit Bintang adakalanya terlalu meriah dan menghiburkan sehingga ada sesetengah pelancong menabur duit dengan senang hati sebagai tanda berterima kasih. Kebiasaannya persembahan mereka akan turut menampilkan nyanyian, tarian dan mainan alat muzik di kalangan penonton dari pelbagai negara seperti Jepun, India, Turkistan, England, Iran, Ch1na dan lain-lain negara; membuatkan persembahan mereka kelihatan begitu mesra pelancong sehingga netizen menuntut agar Bob dijadikan ‘duta kecil’ Malaysia dan diberikan anugerah. 

 

Golongan artis juga adakalanya hadir menyaksikan persembahan Sentuhan Buskers. Kredit Foto: Cucuq Udang

Antara komen-komen netizen di Youtube mengenai Sentuhan Buskers:

“Semua lagu dia boleh nyanyi perghhh”

“Bob ni memang salah satu penarik untuk para pelancong datang Malaysia”

“Terbaiklah Bob, pandai dia berinteraksi dengan pelancong, keramahan dia tu buat orang ramai suka, rasanya satu dunia dah tahu siapa Bob ni.. Hebat”

 

“Menteri Pelancongan, sila ambil perhatian kumpulan buskers kita ini! Help them to promote our tourism industry!”

Selain pandai menghiburkan pelancong asing, Bob Sentuhan juga dipuji apabila tidak membenarkan penonton menyentuh atau meraba sewaktu persembahannya. Menurut Bob, kru-kru Sentuhan Buskers sentiasa berwaspada sekiranya terdapat g4ngguan daripada penonton atau perkara lain di luar kawalan yang boleh menjejaskan persembahan mereka atau menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penonton. 

 

Pelancog Arab menabur duit ketika persembahan Sentuhan Buskers. Kredit Foto: Matahari Tv

 

Walaupun pendapatan persembahan jalanan tidak tetap terutama apabila hari hujan, namun ketika ditanya wartawan Malaysian Gazette, Bob Sentuhan berkata dia tidak akan men1ngg4lkan dunia buskers. 

Mungkin sudah tiba masanya pihak kerajaan mengambil serius potensi industri muzik jalanan yang boleh dijadikan tarikan pelancongan, se1ring dengan hiburan digital yang semakin menjadi pilihan kini.  

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Cari

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sampai Pelancong Tabur Duit, ‘Duta Jalanan Malaysia’ Semakin Dikenali Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*