Mat Saleh Terbang Jauh Dari Athens, Mengidam Nasi Lemak

Siapa sangka nasi lemak membuatkan ‘mat saleh’ tidak senang duduk dibuatnya. Sampai sanggup terbang jauh untuk merasainya send1ri di Malaysia.

Begitulah yang diceritakan oleh selebriti Youtube, Darren Cronian, 45 yang datang jauh dari Athens selepas terpaut dengan gambar menyelerakan itu di IG.

“Saya terbang dari Athens ke Singapura, yang mengambil masa selama 11 jam, dan enam jam kemudian berangkat ke Kuala Lumpur,” katanya, memetik laporan Malay Mail. 

Dia juga sempat memuat naik momen indah perjalanan jauhnya , 9 600 kilometer untuk datang ke Malaysia menerusi Youtube miliknya. 

 

Kredit foto: Malay Mail

Katanya, dia mula jatuh cinta dengan masakan ini sejak lima tahun dahulu ketika berkunjung ke Malaysia. 

“Itulah makanan pertama yang saya cuba sebaik menjejakkan kaki di sini dan seperti orang Inggeris yang lain, saya makan semua benda yang ada dalam pinggan seorang d1ri,” katanya.

“Selepas itu bila tengok orang tempatan makan pakai tangan, saya pun ikut seperti mereka,” terangnya lagi. 

Dalam pada itu, lelaki ini mengakui berasa selesa di Malaysia kerana seolah-olah berada di negara send1ri. 

“Setelah menghabiskan masa selama seminggu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ketika kunjungan kali pertama dulu, saya berasa selamat dan diterima.

“Apa yang buat saya rasa Malaysia seperti rumah kedua adalah masyar4katnya, makanan dan aspek budaya di negara ini,” ujarnya.  

Video :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : cari

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Mat Saleh Terbang Jauh Dari Athens, Mengidam Nasi Lemak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*