Tiada Adegan Berpelukan Dalam Laut, Kata Pengarah. Rupanya Najwa Dan Zul Ariffin Buat Babak Sendiri?

“Gambar mesra dalam laut itu tidak ada dalam ‘footage’ kamera kami dan saya tak tahu apa-apa mengenai gambar berkenaan.”

Itu penafian penolong pengarah, Jai Nadxama berkenaan gambar berpelukan Zul Arifin dan Intan Najuwa.

Sementara itu pengarah terkenal Osman Ali pula menyatakan dia tidak berada di lokasi penggambaran ‘Setelah Ku Dimiliki’ kerana mempunyai urusan lain.

 

Pengarah Osmal Ali – HM

“Saya sangat terkejut dengan penularan gambar berkenaan. Sebabnya saya tiada di lokasi. Tugas pengarahan diserahkan kepada Jai. Tapi saya dah dapatkan kepastian daripada semua pihak. Tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki,” katanya kepada akhbar Harian Metro.

Ig

Malahan Osman turut menafikan bahawa gambar berkenaan sebahagian gimik bagi menaikkan ‘rating’ naskhah itu.

“Apa pun, saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tak mahu ada elemen sebegitu dalam drama.”

 

Ig

Menegaskan yang ia bukan gimik, Jai mengakui dia sebenarnya melakukan dua versi penggambaran bagaimanapun tiada adegan seperti dalam gambar yang tular.

“Saya ‘shoot’ dua versi dalam babak berlari berkejaran di tepi pantai.Tapi, sungguh tiada adegan seperti itu dalam montaj bulan madu dirakamkan.”

Harian Metro

Bagaimanapun, Intan dan Zul tidak memberi sebarang reaksi mengenai hal ini sejak penularan gambar mesra angkat dan dukung tular dua hari lalu.

 

Ig

Sebelum ini, timbul isu mengatakan hubungan Intan dan tunangnya, Fazrul Anwar Rulis goyah berikutan gambar memperlihatkan Zul meletakkan tangan di paha pelakon itu hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

 

Ada persamaan dengan filem Debu-Debu Kasih (1996) lakonan Sham dan Aida Aris

Aduhai, macam mana ni? Pengarah dan kru send1ri kata tiada adegan tersebut dirakam. Jadi, aksi tu untuk simpanan peribadi lah ya? Siapa pula yang merakamnya? Eh …

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Cari

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tiada Adegan Berpelukan Dalam Laut, Kata Pengarah. Rupanya Najwa Dan Zul Ariffin Buat Babak Sendiri?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*