“Biarlah Saya Dengan Cara Saya” – Pernah Dapat Tawaran GV, Iwan Tolak Dengan Cara Baik

Bekas penyanyi dangdut Iwan Shahman mendedahkan dia pernah menerima tawaran untuk menyertai program Gegar Vaganza (GV) namun menolaknya dengan cara baik.

Menurut Iwan, dia kini lebih selesa untuk memilih jalan dakwah selepas berhijrah kira-kira enam tahun lalu. 

“Saya pernah mendapat tawaran GV tapi pada masa itu saya tidak bersedia untuk kembali menyanyikan lagu-lagu komersial.

“Bukanlah saya nak menyombong tetapi biarlah saya dengan cara saya. Kini saya giat berdakwah, memberikan ceramah dan rasanya lebih tenang,” ujar Iwan.

Iwan ditemui ketika majlis sidang media #ProjekMahligaiSyurga yang diadakan di Hotel TH, Kelana Jaya pada Isnin. 

Tambah Iwan lagi, dia tetap memberikan sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan yang menyertai rancangan tersebut.

“Saya berdoa agar rakan-rakan selebriti yang lain sentiasa dipanjangkan umur, murah rezeki dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT,” katanya lagi.

Sedikit perkembangan terbaru, Iwan bakal muncul pada konsert Malam Sinar Maulidurrasul bersama Rabbani, Daqmie dan Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah yang akan diadakan pada 15 November bertempat di Tapak Bazarena Stadium Malawati Shah Alam. 

GV2019 dibarisi enam penyanyi solo lelaki iaitu Sham Visa, Jatt, Roy, Ameer Sofazr, Hady Mirza dan Naqiu Boboy. Wann, Mazleela, Feeza, Noorshila Ami dan Nurfatima pula mewakili peserta wanita. 

Turut serta dalam GV6 ialah dua peserta duo berkumpulan iaitu Kool dan One Nation Emcees.GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia. GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Biarlah Saya Dengan Cara Saya” – Pernah Dapat Tawaran GV, Iwan Tolak Dengan Cara Baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*