Kanak-Kanak Perempuan ‘Berjurai Air Mata’ Kerana Dapat Bela Kucing Raih Perhatian Ramai!

Bukan calang-calang dapat hadiah kucing, seorang kanak-kanak perempuan berjurai air mata kerana terlalu gembira. Video kanak-kanak tersebut yang terlalu ‘drama’ tular di sosial media sejak beberapa hari lalu.

Dalam rakaman berdurasi kurang dari dua minit itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dan dua lagi budak lelaki di dalam kereta sambil ‘sibuk’ dengan seekor anak kucing. Kelihatan kanak-kanak perempuan itu penuh em0si kegembiraan sehingga menangis.

Video tular

Setakat ini video tersebut telah meraih lebih 375,000 tontonan dan 20,700 retweets serta 25,800 likes.

Menurut Alya Addini Mazzam, sepupu ciliknya itu sememangnya mudah sensitif dengan sesuatu yang menyentuh perasaan dan terkenal sebagai ‘ratu air mata’.

Difahamkan juga, kanak-kanak perempuan dalam rakaman itu bernama Nur Aysar cukup menyayangi kucing dan telah sekian lama menyimpan hasrat untuk membela kucing.

Rata-rata netizen men1ngg4lkan reaksi mereka mengenai video penuh emosi ini di ruangan komen seperti berikut:

“Semoga kucing tu panjang umurnya supaya dapat membesar sama-sama dgn adik ni”

 

“Alahai…so cute..I feel like to cry too…Happy tears”

 

“Akhirnya dapat kucing baru’….AAA Comelnya….”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: alyaaddini / mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kanak-Kanak Perempuan ‘Berjurai Air Mata’ Kerana Dapat Bela Kucing Raih Perhatian Ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*