Rancang 5 Majlis, Elly Mazlin Bakal Rai Hari Bahagia..

Bakal menamatkan zaman jandanya, tidak lama lagi, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengakui, teruja membuat persiapan meraikan hari bahagia.

Elly atau nama lengkapnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, berkata hasil perbincangan dengan keluarga, mereka merancang lima majlis, termasuk acara merisik yang bakal disempurnakan dalam masa terdekat.

“Saya tiada masalah memenuhi permintaan bakal suami dan keluarganya. Memandangkan teman lelaki masih bujang, jadi keluarga mencadangkan supaya majlis kami berjalan mengikut adat.

“Saya terharu kerana teman lelaki dan keluarganya bersungguh-sungguh mahu menghantar cincin merisik, sebelum kami bertunang.

“Mengikut perancangan, kami hanya bertunang sebulan, disusuli malam berinai, majlis pernikahan dan kenduri sambut tetamu. Segala perincian mengenai hari bahagia kami hanya akan dikongsi pada sidang media khas selepas kami bertunang,” katanya.

Ditemui pada majlis Prakemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 di Balai Berita, di sini, kelmarin, Elly bakal bergandingan dengan Datuk AC Mizal sebagai pengacara malam kemuncak yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 22 September ini.

Ditanya desas-desus mengatakan, dia dan teman lelakinya bakal disatukan pada Februari tahun depan, Elly bagaimanapun, enggan memberikan pengesahan.

“Siapa yang kata Februari? Tunggu sidang media kami nanti. Bukan mahu berahsia dengan media, tetapi saya akan memaklumkan kepada semua apabila tiba masanya nanti. Apa yang boleh saya katakan, majlis pernikahan kami akan berlangsung sebulan selepas kami bertunang. Itu yang pasti.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 Hati ❤❤

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

“Majlis pertunangan pula hanya akan dibuat selepas selesai komitmen saya bersama ABPBH 32. Alhamdulillah, pelbagai rezeki datang ketika saya mahu mendirikan masjid. Semuanya bagai tersusun dengan cantik,” katanya yang sudah mula membuat persiapan menjelang hari bersejarahnya.

Terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu mengakui, dia mengenali jejaka yang juga guru berasal dari Kelantan itu sekitar Ogos tahun lalu.

Elly, sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun berpis4h pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : BHonline

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Rancang 5 Majlis, Elly Mazlin Bakal Rai Hari Bahagia.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*