Peminat DM Di Instagram Tanya Tentang Anak, Ini Jawapan Indah Ruhaila

Meskipun diasak dengan pelbagai soalan berkaitan isu cahaya mata, penyanyi Indah Ruhaila mengakui tidak berasa tertekan.

Menurut Indah, dia sebaliknya mengambil pendekatan untuk bersikap lebih matang dalam menjawab soalan peribadi tersebut.

“Sebenarnya ramai juga yang DM (direct message) di Instagram bila agaknya saya nak ada anak. Malah siap ada yang tawarkan raw@tan kesuburan lagi.

“Bagi saya itu pun saya dah bersyukur kerana peminat mesej secara peribadi bertanyakan hal sebegitu berbanding memberi komen yang neg@tif di ruang komen.

“Jawapan saya mudah, rezeki itu akan datang bila sampai waktunya. Sama juga macam buat lagu, adakalanya menjadi dan ada masanya tidak,” katanya penyanyi yang sedang popular dengan lagu Pudar.

Tambah Indah lagi, dia dan suami, Ahmad Shariff Ahmad Taufik juga tidak mahu terlalu rungsing dengan isu tersebut kerana masalah tekanan juga boleh menjadi faktor seseorang itu sukar untuk hamil.

“Saya dan suami jenis mudah dan kami tak mahu serabut tentang hal itu. Kalau ada 10 orang tanya pun saya akan jawab semuanya,” katanya.

Indah ditemui ketika majlis pelancaran Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Semestar 2 di Celcom Axiata Berhad, Petaling Jaya, hari ini.

Untuk rekod, Indah dan Ahmad Shariff mendirikan rumah tangga pada 24 Disember tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Peminat DM Di Instagram Tanya Tentang Anak, Ini Jawapan Indah Ruhaila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*