Terasa Diri Macam Robot

Pernah tak berasa diri kita macam robot?

Pernah? Tidak pernah? Atau tidak sedar dah menjadi robot?

Macam mana symptom menjadi robot tu?

Kamu merasakan hidup kamu sangat memb0sankan kerana setiap hari kamu akan melakukan rutin yang sama selama seminggu, sebulan, setahun, dan bertahun-tahun sehingga akhirnya men1ngg4lkan dunia yang fana ini.

“Bosannya hidup macam ni, asyik ulang benda yang sama.”

Contohnya:

  • Pergi kerja / kelas
  • Bekerja / belajar
  • Makan
  • Balik kerja / kelas
  • Tidur
  • Shopping
  • Movie

Kamu akan ulang rutin yang sama setiap hari. Kamu hanya akan fikirkan diri sendiri dan keseronokan sementara. Kamu tidak peduli dengan persekitaran kamu, kawan kamu, jiran kamu dan masyar4kat. Yang penting kamu enjoy!

Pernahkah kamu terfikir sampai bila kamu ingin hidup begini?

Pernahkah kamu berasa b0osan dengan life begini? Tapi kamu tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Rutin seharian kita memang tidak boleh diubah kerana kita memang dituntut untuk mencari rezeki dan belajar, kita memang perlu makan untuk hidup dan tidur sebagai rehat.

Akan tetapi kamu boleh mengubah cara kamu menjalani rutin harian kamu. Hidup kamu tidak akan pernah bosan jika di dalam hidup, kamu mengutamakan Allah.

Dekatkan diri kepada Allah. Dan amalkan tips rutin keseharian orang yang berjaya. Menurut Ustaz Yusuf Mansur, tips keseharian orang yang berjaya iaitu:

  • Qiamullail (tahajud)
  • Amalkan Yassin dan Al-waqiah setiap hari
  • Solat sunat Dhuha
  • Amalkan ayat 1000 dinar
  • Amalkan Al-Mulk sebelum tidur
  • Amalkan Al-Kahfi setiap Jumaat
  • Amalkan membaca Al-Quran setiap hari
  • Amalkan solat sunat Rawatib
  • Amalkan Al-Mathurat (pagi dan petang)
  • Bersedekah
  • Belajar ilmu agama

Di samping kita mencari bahagian kita di dunia, jangan kita lupakan bahagian kita di akh1r4t.

Jadikan dunia sebagai ladang untuk kita menuai hasilnya di akh1r4t kelak. Selitkan aktiviti kerohanian dalam kehidupan seharian kita maka hidup kita akan terasa bermakna!

Jom kita sama-sama amalkan dan semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dalam mendekatkan diri kepadaNya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Terasa Diri Macam Robot"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*