“Ada Pihak Tidak Telus” – Sherry Ibrahim Tarik Diri Daripada Bisnes Tudung

Pelakon Sherry Ibrahim memaklumkan dia kini sudah tidak lagi terbabit dalam perniagaan hijab yang pernah dimilikinya sejak Ramadan lalu. 

Kata Sherry, tindakan itu dibuat kerana dia sudah penat dengan sikap individu tertentu yang tidak menghargai segala penat lelah selain mahu ikut kepala sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wishing you smile , hugs & lots of purple 💜💜💜💜💜💜💜💜💜 #sherryibrahim

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

“Mula-mula semuanya indah. Saya memberikan sepenuh komitmen dan kerja keras untuk memastikan perniagaan ini berjalan dengan baik. 

“Bagaimanapun di pertengahan jalan, individu itu mahu ikut kepala sendiri dan ada benda yang tidak telus sepanjang bisnes ini berjalan. 

“Malah saya sudah memberikan beberapa peluang untuk dia perbaiki tapi masih tiada jalan penyelesaian membuatkan saya penat. Ibaratnya saya tidak berfungsi dalam bisnes itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik Lancome di Mid Valley , Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Namun tambah Sherry, dia tidak terfikir untuk membawa masalah ini ke muka pengadilan memandangkan proses terbabit akan mengambil masa yang panjang. 

“Kalau saya nak bawa kes ini ke mahkamah, saya perlu keluarkan duit sendiri. Lagipun saya tidak rasa mereka boleh membayar saya nanti. 

“Tambahan pula, proses itu akan mengambil masa yang lama. Apa yang saya nak sekarang adalah saya minta mengeluarkan nama saya dalam syarikat itu supaya dapat meneruskan perniagaan hijab yang baru” katanya. 

Katanya lagi, dia tidak serik untuk menjalankan bisnes meskipun melalui beberapa tempoh sukar dalam perniagaan. 

“Mungkin momentum bisnes hijab yang bakal saya usahakan tidak lama lagi tidak sama macam dulu tapi naluri saya kuat mengatakan ia akan berjaya bersama pasukan yang baru ini,” katanya. 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Ada Pihak Tidak Telus” – Sherry Ibrahim Tarik Diri Daripada Bisnes Tudung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*