“If True Intan Najuwa Nak Kan Lelaki Tua Kaya Dan Kikis Duit, Dah Lama…,” – Kakak Tampil Pertahan Intan Najuwa

Pelakon kecil molek, Intan Najuwa baru sahaja melangsungkan pertunangan Ahad lalu.

Namun, dek perkongsiannya mengenai hari bahagia bersama peminat itu, ada segelintir yang melemparkan tuduhan tak berasas, mendakwa bintang Tuan Danial itu hanya memandang harta.

Bagaimanapun, Intan secara jujur ada memberikan penjelasannya mengenai hal tersebut menerusi salah satu entrinya di Instagram.

Namun, masih ada keterlaluan netizen yang agak keterlaluan hingga membuatkan rakan terdekat tampil memberikan reaksi.

Malah kakaknya, Intan Najiha turut tampil men1ngg4lkan kenyataan di ruangan komen bagi menepis semua dakwaan yang dibuat.

Komennya, usah sesekali mempertikai jodoh yang telah ditetapkan olehNya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hi Fiance @ezurazz 😝🌹 💍❤️😘💋 Official Photographer & Videographer : @furweds Makeup & Hairdo : @fiqqi.abdullah Dress attire: @mode.miroljonit Bridal & Decoration : @acountryweddingplanner & @pejalzal Dulang Hantaran & Hand Bouquet: @faixal_creations & @acountryweddingplanner Chiavari chair : @dvillakempas & @memjohor Goodies : @hellokraf Graphic & Design : @noziejoycreativestudio Henna : @hennabytia Dulang Boys & girls attire : @shawlpublika

A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on

Tegas Intan Najiha lagi, jika benar Intan hanya mahu mengikis duit tunang, sudah lama mereka sekeluarga berhenti kerja dan mengharap duit daripada orang lain.

“Majlis pertunangan ni buat tertutup untuk family members sahaja & semua diuruskan oleh pihak perempuan.

“Pelamin & all decoration pun semua dibuat all out oleh my mom & team
@acountryweddingplanner

“Family know you very well. Jangan pertikaikan jodoh yang Allah dah tetapkan.

“Kami sekeluarga tak kaya raya mana. If true intan najuwa nak kan lelaki tua kaya & kikis duit. dah lama we all one family kaya raya goyang kaki tak payah kerja tunggang langgang nak bayar hutang2 and all
and jangan pertikaikan umur orang. Siapa jodoh dia & kenapa,” tulisnya di ruang komen.

Pada masa sama, ibu kepada dua anak ini juga memohon agar netizen menjaga hati dan perasaan seseorang sebelum menulis komen.

“Sebelum bercakap please fikir & jaga hati perasaan pasangan ni & keluarga. Kaya or tak tu rezeki. Dapat suami kaya itu bonus. doakan lah yg baik baik utk @intannajuwa semoga hubungan ni sampai ke j1njang pelamin & kekal selamanya,” ulasnya lagi.

Terdahulu, Intan Najuwa selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang usahawan asal Kedah, Razrul Anwar Rusli dengan beza jar4k usia di antara mereka sekitar 16 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto : Instagram Intan Najuwa

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“If True Intan Najuwa Nak Kan Lelaki Tua Kaya Dan Kikis Duit, Dah Lama…,” – Kakak Tampil Pertahan Intan Najuwa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*