“Nikmatilah Jika Ada Yang Rasa Itu Gambar Saya…” – Isu Penyebaran Gambar Tidak Senon0h, Ini Komen Faizal Tahir

Penyanyi dan komposer terkemuka, Faizal Tahir, mendakwa menjadi mangsa sabot4j apabila foto b0g3l lelaki mirip dirinya tersebar di Internet, baru-baru ini.

Tidak mengiyakan atau menafikan dirinya adalah individu dalam gambar terbabit, Faizal, 41, sebaliknya lebih selesa membiarkan warganet menilai sendiri perkara itu.

“Kalau inilah percubaan untuk mengganggu keharmonian rumah tangga kami, saya doakan yang baik-baik untuk orang itu.

“Saya tidak perlu nak jawab apa-apa. Terpulang kalau orang kata (lelaki dalam) gambar itu adalah saya kerana tiada apa yang hendak disembunyikan. Apa yang penting, hanya isteri dan Allah yang tahu kebenarannya,” katanya

Tegas penyanyi yang kini popular dengan lagu Ratu itu, dia masih berfikiran waras untuk melakukan perkara meng4ibkan sebegitu.

“Saya sudah berusia 41 tahun. Banyak lagi benda positif yang boleh saya kongsi. Tiada siapa boleh menghukum saya. Apa yang penting, gambar itu bukan disebarkan oleh saya. Kalau ada yang berasakan gambar itu adalah saya, nikmatilah ia,” katanya.

Terdahulu, Faizal melancarkan album terbarunya yang berjudul Rojak di Mutiara Damansara, di sini.

Rojak yang memuatkan sembilan lagu adalah album terakhir bintang kelahiran program One In A Million itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih. My last album ever. #WeRojak

A post shared by FT (@faizal_tahir) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: BHonline


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Nikmatilah Jika Ada Yang Rasa Itu Gambar Saya…” – Isu Penyebaran Gambar Tidak Senon0h, Ini Komen Faizal Tahir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*