“Balik Dari Mana-Mana Mesti Beri Hadiah Buat Bidadari Dan Keluarga…”- Ustaz Ebit Lew Kongsi Sunnah Nabi SAW

Jika anda mengikuti laman sosial milik Ustaz Ebit Lew, pasti ada sahaja perkara sweet yang dilakukannya buat isteri malah perkongsian pendakwah disukai ramai ini juga membuatkan ramai mengambil pengajaran.

Terbaru pula, dia memuat naik satu rakaman video membawa pulang hadiah buat bidadarinya sehingga menjadi perhatian ramai.

Meraih lebih 70 ribu ‘Likes’ dan lebih 300k tontonan serta pelbagai komen ditinggalkan menerusi posting tersebut. Sangat sweet apatah lagi ujar Ustaz Ebit, dia suka meskipun kecil kejutan itu kerana dia sangat menghargai isterinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunnah Nabi saw balik dari mana-mana beri hadiah buat bidadari dan keluarga. Tadi balik dari Johor. Cepat-cepat wasap florist. Sampai kl terus ambil dan sorokkan dari bidadari saya Suka sangat walau kecil kejutan wat bidadari. Sebab bunga ni tak dapat bayar pun susah bidadari saya. Dunia ini sangat singkat tapi melihat bidadari saya tersenyum ubat bagi hati ini. Senyuman mak ayah. Senyuman bidadari ialah ubat dan penawar dalam letih duka sakit di dunia ini. Terima kaseh Allah Melihat bidadari masam 5 saat jer saya susah hati. Berusaha dan fikir apa nak buat bahagiakannya. Kadang cuma video call or call dengar bidadari saya cerita. Itu jadi ubat buatnya. Saya susah hati bila bidadari cuma reply k. Jangan memandang rendah kesedihan bidadari hidup kita. Mereka dah takde sesape dalam hidup mereka. Migrain demam urus rumahtangga dan anak-anak. Mereka setia ikhlas mencintai suami. Mereka perlu seseorang dengar mereka. Sesekali buat kejutan walau sekuntum bunga atau mesej cinta yang ikhlas. Kongsi doa dan bimbing mereka dengan solat dan sunnah Nabi saw seharian. Biar mereka bina kekuatan dalam diri anak dengan iman. Happy Anniversary -ebitlew #www.transformjiwa.com #jomDaftarKeluargaSunnah #oktober2019 #tourSemuaNegeri

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Katanya, senyuman mak ayah dan bidadari ialah ubat dan penawar dalam letih duka sakit di dunia ini dan dia turut mengucapkan syukur.

Bagaimanapun, Ustaz Ebit juga meninggalkan nasihat agar tidak memandang rendah akan kesedihan isteri dan rata-rata netizen juga tidak melepaskan peluang mendoakan Ustaz dan keluarga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bangun awal pagi. Terus pegang tangan yang disisi. Ucap pada bidadariku Taqabballuminna wa minkum. Selamat hari raya bidadariku. I love u sayangku. Apa erti hari raya ini sayang? Bila dapat bersamamu bidadariku penyejuk mataku. Tahu tak selama kita pegang tangan didunia dengan niat dan doa nanti selamanya pegang tangan dalam syurga. Hari raya sebenar kita nanti dalam syurga Selamat hari raya buat semua ahli keluarga. Selamat hari raya buat semua sahabatku sekalian. Hargailah mereka yang disisimu dan ahli keluarga serta orang miskin dan anak yatim. Nikmat dapat peluk ayah tercinta. Setiap kali peluk ayah mesti ayah nak nangis sebak. Mencium ayah. Siapa ada ayah lagi jangan lupa peluk. Cium dahi, pipi mereka lama-lama. Walau dulu mungkin ada ayah garang. Tapi mereka cuma seorang ayah yang rindukan anak-anak. Begitu juga siapa ada ibu jangan lupa ziarah mereka. Hargai adik beradik dan keluarga semuanya. Mertua keduanya yang berkorban memberi anaknya menjadi peneman dalam hidup. Begitu juga menantu yang telah menikahi dan menjaga anak kita . Siapa dah takde orang tersayang jadilah orang baik dan selalu doaakn ahli keluarga kita. Selamat hari raya semua. Taqabballlahu minna wa minkum. Allah sayang semua. Saya doakan buat semua sentiasa bahagia sampai syurga-ebitlew #ebitlew #Allahsayang #selamathariraya

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Komen netizen;

Alhamdulillah…

Suweetnya ustaz….

Moga ustaz bahagia hingga ke jannah….

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Instagram Ebit Lew via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Balik Dari Mana-Mana Mesti Beri Hadiah Buat Bidadari Dan Keluarga…”- Ustaz Ebit Lew Kongsi Sunnah Nabi SAW"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*